Mayat Osama Sebenarnya Dibakar?

Posted by yakuza on Friday, 9 March 2012



WASHINGTON: Nasib sebenar mayat Osama bin Laden menjadi tanda tanya selepas beberapa e-mel perisikan yang bocor mendakwa, ia sebenarnya dihantar ke Amerika Syarikat untuk dibakar.
Menurut e-mel berkenaan, mayat pemimpin al-Qaeda yang maut ditembak di Abbottabad, Pakistan, Mei tahun lalu tidak dibuang ke laut seperti laporan kebanyakan media.

E-mel berkenaan didakwa diperoleh kumpulan penggodam Anonymous daripada firma analisis perisikan Stratfor yang turut digelar CIA Bayangan.

Minggu lalu, Anonymous mengumumkan mereka memperoleh akses kepada 2.7 juta surat-menyurat sulit Stratfor dan bersedia mendedahkannya.

Selepas dibunuh pada 2 Mei tahun lalu, pentadbiran Barack Obama mendakwa, mayat Osama disemadikan di laut dari kapal USS Carl Vinson. - DM


sumber mymetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...