Dengan keputusan itu, Liam Stacey, 21 terpaksa menjalani hukuman penjara selama 56 hari.
Hukuman penjara itu dijatuhkan ke atasnya pada Selasa lalu.
Menurut Hakim, Wyn Williams, walaupun tiada garis panduan dalam menetapkan hukuman penjara namun twitter yang dihantar oleh Stacey itu adalah satu kesalahan yang berat dan disifatkan sebagai berbaur perkauman.
Stacey mencetuskan kontroversi selepas dia menghantar mesej melalui twitter sebaik sahaja Muamba rebah di padang.
Twitternya berbunyi `LOL. F*** Muamba. Dia dah mati!!!”
Mesej berkenaan yang dihantar ketika Muamba sedang bertarung nyawa ekoran serangan jantung yang dialaminya ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang Tottenham, telah membangkitkan kemarahan banyak pihak.
Dalam pada itu, dia yang juga pelajar tahun tiga kursus biologi di Universiti Swansea terpaksa menerima hakikat dibuang daripada universiti berkenaan.