Penganjur Rockaway 2011 Dipanggil Pihak Berkuasa.

Posted by yakuza on Tuesday 11 October 2011



Gara-gara daripada tindakan kurang ajar band Rock Punk daripada Amerika, All Time Low di acara Rockaway 2011 minggu lepas, pihak penganjur telah dipanggil oleh pihak berkuasa bagi menjelaskan tindakan band tersebut.

Menurut sumber dalaman, band All Time Low telah mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘F*ck You’ walaupun telah diberi amaran berkali-kali oleh pihak penganjur. Pihak penganjur juga memaklumkan bahawa mereka sudah pun memberikan taklimat kepada kesemua band-band antarabangsa dan tempatan mengenai tatatertib di Malaysia. Malangnya, band All Time Low tidak akur dengan kehendak penganjur.
Kata sumber lagi, berkemungkinan besar All Time Low telah di-ban oleh promoter tempatan kerana gusar dengan tindakan luar biasa mereka itu di masa hadapan. Sumber yang juga seorang penonton Rockaway 2011 memaklumkan kepada OHBULAN! mengenai persembahan All Time Low pada malam tersebut. Katanya, All Time Low hanya sempat membuat persembahan 3-4 lagu sahaja. Mungkin, ia disebabkan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh band berkenaan.
Sumber menambah lagi, persembahan All Time Low turut dicemari dengan aksi remaja wanita tempatan yang membaling coli ke atas pentas. Ada coli yang mengandungi kata-kata cinta termasuk ID akaun Twitter.
Kata-kata sumber itu ada asasnya. Berdasarkan kata-kata orang kuat Rockaway, Rahul @rahulobs menyelar All Time Low atas tindakan tidak beretika mereka di laman Twitternya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...