Home » Posts filed under HIBURAN
Neelofa Ditawarkan Kemewahan VIP
Posted by yakuza on Monday, 2 April 2012
Artis Buat Tatu Abadi Nama Pasangannya
Posted by yakuza on Thursday, 29 March 2012
Zed zaidi Diugut Bunuh Kerana Cermin Gelap
Posted by yakuza on Tuesday, 27 March 2012
Menurut Zed yang juga merupakan Timbalan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ugutan bunuh itu diterimanya selepas dia menyerahkan tiga usul kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Festival Youth Music Barisan Nasional pada 4 Mac lalu.
“Apalah salah saya hanya kerana kerana mengusulkan penggunaan cermin gelap kepada PM menyebabkan saya mendapat banyak ugutan. Selain diri saya, saya juga bimbangkan keselamatan isteri saya yang kini sedang mengandung lima bulan,” katanya.
Pada Festival Youth Music Barisan Nasional itu, Zed turut mengusulkan dua lagi usul iaitu peruntukan kuota rakyat 1Malaysia dan perlindungan insuran golongan artis yang turut diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Selain ugutan bunuh, Zed juga menerima banyak ugutan termasuklah ingin merompaknya yang disampaikan menerusi e-emel, panggilan telefon, di laman sosial Twitter dan Facebook yang secara tidak langsung menimbulkan pelbagai tandatanya di benak fikiran pelakon terbabit.
mynewshub
Penjelasan Melia Aimiellia Tentang Isu Bogel
Posted by yakuza on Saturday, 17 March 2012
Faezah Elai Mahu Terkencing Ditanya Gosip
Posted by yakuza
“Itu saya tidak tahu. Ini kerana, saya menjalani penggambaran filem ini pada bulan Februari 2011 dan gosip panas itu tiada kaitan dengan diri saya. Saya terkejut apabila adegan cerita itu dikatakan ada kaitan dengan diri saya,” komen Faezah ringkas sebelum bergegas ke tandas pada majlis itu.
sumber mynewshub.my
Jom Kenali Penulis Skrip Drama Vanilla Coklat
Posted by yakuza on Thursday, 15 March 2012
Seperti yang diketahui umum, drama Vanila Coklat yang baru selesai 13 episod siarannya di TV3, telah mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Ia menjadikan drama tersebut mencatatkan rating yang tinggi dalam syarikat penyiaran berkenaan.
Namun siapakah insan yang menghasilkan skrip drama tersebut?
Mynewshub.my berjaya menjejaki beliau, yang kini bertugas di stesen radio terkenal, Suria FM.
Antara skrip yang pernah beliau hasilkan ialah drama Lu’Lu, Mertua vs Menantu, filem Syurga Cinta, Jangan Main belakang, Embun Mutiara dan banyak lagi.
Menurut Shuhadatul, minatnya dalam menulis skrip mula tercetus apabila bekerja Metrowealth International Group (MIG) sejurus selepas tamat pengajian dulu.
Mengenai naskhah terbarunya itu, beliau yang masih bujang mengaku, sangat terharu dengan sambutan peminat drama tempatan terhadap drama Vanila Coklat
” Slot Vanila Coklat memasuki tayangan sejurus selepas drama Cinta Elysa tamat, kita semua tahu betapa hebat sambutan penonton terhadap drama Cinta Elysa itu, ini menyebabkan kami semua berdebar-debar…takut-takut ia mendapat reaksi yang sebaliknya.
” Alhamdulillah, semenjak hari pertama siarannya, drama Vanila Coklat mendapat sambutan memberangsangkan sehingga kesemua 13 episod itu ditayangkan,” katanya pada Mynewshub.my.
Mengenai idea menghasilkan skrip drama tersebut, Shuhadatul berkata, minatnya terhadap drama-drama Korea secara tidak langsung telah memberikan ilham untuk beliau menulis Vanila Coklat.
Ketika ditanya sama ada ia merupakan sebahagian daripada pengalaman hidup beliau sendiri, Shuhadatul menafikannya.
” Sebenarnya saya suka berimaginasi…dari situlah terhasilnya karya ini, tiada kaitan dengan sesiapa sebenarnya,” katanya yang mengakui dialog ‘bersahaja’ para pelakon Vanila Coklat sedikit sebanyak menyumbang kepada kekuatan drama berkenaan.
Mengenai jadual kehidupan sehariannya, beliau mengakui, hanya tidur dua atau tiga jam sehari kerana terikat dengan kerjaya dan pelajaran.
Namun kerana minat yang mendalam, Shudatul tidak merasa menyesal kerananya.
Bercakap mengenai projek terbaru akan datang, beliau tidak menolak andaian yang Vanila Coklat akan difilemkan.
Yang pasti, kata Shudatul, sekiranya ia diangkat ke layar perak, beliau akan memastikan jalan ceritanya lebih menarik dan mantap sesuai dengan citarasa penonton ketika ini.
mynewshub.my
Edry KRU Sertai Kumpulan Mojo
Posted by yakuza
| |
Mojo merupakan produk terbaharu daripada KRU Musicyang mana anggotanya terdiri daripada bekas finalis One In A Million musim ketiga, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer dan penerbit ternama, Edry Abdul Halim sebagai pemain synthesizer.
DEMI untuk meneroka visi muzik masing-masing, empat pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan Mojo, sebuah kumpulan yang mempertaruhkan konsep synth-rock sebagai identiti muzik mereka.
Posisi pemain dram Mojo pula diduduki oleh Johar Lucas yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Tilu.
Melengkapkan keahlian Mojo seramai empat orang ialah pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman, Denny.
"Mojo bakal memperkenalkan era baharu muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan legenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin," ujar Edry
Ditanya apakah maksud Mojo, kata Edry, ia membawa maksud aura atau dalam erti kata lain adalah x-factor iaitu sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teramat istimewa.
Tambahnya: "Kekuatan Mojo bukan sahaja pada nama, tetapi juga menerusi single pertama yang dipertaruhkan sebagai landasan dan langkah kanan Mojo ke arena seni muzik tanah air yang berjudul, Andai Ku Bercinta Lagi.Menurut Edry lagi, Mojo kini sedang dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun ini.
Katanya: "Namun, penantian terhadap album penuh itu didahului dengan kemunculan album mini (EP) pertama Mojo yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Andai Ku Bercinta Lagi ciptaan saya sendiri, Agar Tetap Indah yang dicipta Denny dan Mimpi hasil nukilan Johar.
"EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep muzik synth-rock Mojo kepada peminat seni tanah air. Semoga kehadiran Mojo mampu memberi aura yang berbeza dan mempelbagaikan genre muzik Malaysia."
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com atau menerusi Facebook dan YouTube.
Aaron Aziz Jadi Pakar Cinta
Posted by yakuza on Friday, 9 March 2012
|
AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis yang lain seperti Aznil Nawawi, Salleh Yaakob, Nabil, Johan Raja Lawak dan Zahid AF yang menjadi penyampai radio, sebaliknya hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.
Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.Enggan menolak peluang keemasan yang diberi di depan mata, Aaron mengakui teruja dengan tawaran tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan menjawab sebaik mungkin terhadap segala masalah yang diutarakan pendengar radio.
"Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam.
"Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Sepetang Bersama Tiga Artis Naungan Astro iaitu Aaron Aziz, Johan dan Zizan Raja Lawak di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Menerima tawaran sebagai Artis Naungan Astro, bapa kepada dua cahaya mata itu mempunyai alasan tersendiri tentang kesudiannya kembali 'ditambat' sedangkan kerjayanya dilihat sudah cemerlang tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
"Sebelum ini, ketika saya menandatangani kontrak Wajah Eksklusif Astro memang saya hanya boleh tampil di dalam saluran Astro sahaja tetapi, menerusi pembabitan sebagai Artis Naungan Astro, saya bebas untuk menerima semua tawaran daripada stesen-stesen lain. Isteri saya juga masih boleh menguruskan kerjaya saya.
"Tidak hanya terhad pada dua perkara itu sahaja, Astro juga mengatur segala jadual lakonan saya malah memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan slot radio sendiri, menjadi penerbit juga mempromosikan single terbaharu saya bersama Sleeq," tuturnya yang kini menceburi bidang muzik pula.
Projek pertama Aaron yang disusun Astro apabila dia bakal beraksi menerusi drama 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn. Bhd. diikuti beberapa projek seperti drama, filem, muzik video dan juga duta produk.
Dalam diam-diam juga, Aaron rupa-rupanya mencipta sebuah lagu mengenai diri dan keluarganya. Malah, Aaron juga akan muncul dengan duet lagu ciptaannya yang berjudul Salam Semua bersama artis naungannya iaitu kumpulan Sleeq.
![]() |
| AARON bakal muncul dengan duet bersama kumpulan Sleeq menerusi lagu berjudul Salam Semua. |
Mengaku pada mulanya kurang yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, namun atas sokongan isteri, Aaron akhirnya bersetuju menyanyikan lagu tersebut.
"Saya memang tak yakin dan malu untuk menjadi penyanyi, tapi saya juga tidak mahu menyerahkan lagu itu kepada orang lain sebab ia adalah mengenai keluarga saya. Saya yang lebih tahu dan boleh menjiwai lagu tersebut," dedah Aaron yang merancang untuk mengeluarkan lagu tersebut pada bulan ini.
Isteri Aaron, Diana yang setia di sisinya turut ditebak soalan mengenai Aaron. Bercerita tentang sikap Aaron, Diana mengakui Aaron seorang bapa yang sangat penyayang.
"Dia memang tak boleh berpisah terlalu lama dengan anak-anak. Pernah sekali ketika penggambaran di London, penggambaran sudah masuk empat hari. Dia telefon saya minta beli tiket dan datang ke London dengan anak-anak kerana terlampau rindu. Kalau ikutkan hati memang saya mahu sahaja tetapi bila fikir duit yang akan dibelanjakan boleh tukar semua perabot di rumah dengan masa penggambaran yang hanya tinggal untuk beberapa hari sahaja, saya minta dia bersabar," ujarnya dengan sedikit ketawa.
Diajukan pula soalan mengenai lakonan romantis Aaron di samping ramai pelakon wanita, tanpa berselindung Diana mengakui ada merasa sedikit cemburu namun menganggap ia sudah menjadi kerjaya suaminya.
Dedah Diana, cemburu dia bagaimanapun tidak melebihi seperti anak lelakinya, Danish Anaqi, 8, dan anak perempuannya, Dwi Arinna, 6.
"Danish pernah cakap, Daddy ambil cerita aksi sahaja, jangan ambil cerita cinta'. Sebaliknya Dwi lebih kepada perasaan dia. Bila dia tengok ayah dia berlakon mesra dengan orang lain dia akan cemburu," ujarnya sambil ketawa. Pasangan bahagia ini turut mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Dahlia Arissa, 2
![]() |
| DARI kiri: Kerjaya Johan, Aaron dan Zizan kini diuruskan oleh pihak Astro. |
Mungkin ada peminat yang masih belum mengenali sisi sebenar Aaron. Sejak umurnya setahun, dia sudah kehilangan bapa yang kembali ke rahmatullah.
Atas dasar kepayahan yang dilalui sejak daripada kecil dan rezeki yang semakin mencurah kini, Aaron mengambil keputusan menubuhkan yayasan sendiri.
"Hati saya sentiasa terusik setiap kali melihat anak-anak yatim. Saya faham betapa sukarnya hidup mereka tanpa kasih sayang ibu bapa. Saya pernah melaluinya apabila membesar tanpa kasih sayang seorang bapa, tapi mujur saya masih mempunyai ibu dan dialah menjadi pelindung saya.
"Disebabkan itu, saya bercadang menubuhkan sebuah yayasan untuk membela nasib anak-anak terbiar. Jangan disalah tafsir niat saya, ia bukan bertujuan mencari publisiti tetapi saya melihatnya sebagai satu tanggungjawab sosial serta berasakan mereka layak menerima kehidupan yang sempurna," ujarnya mengenai hasratnya itu sambil mengharapkan ada pihak yang sudi membantunya melaksanakan hasratnya itu.
kosmo!
Fenomena Filem Bunohan
Posted by yakuza on Monday, 5 March 2012


Adnan Sempit 2 Bakal Ulang Sejarah 2010
Posted by yakuza on Friday, 2 March 2012
Selepas tujuh hari di’tayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei juga Singapura Adnan Sempit 2 di’khabarkan telah mengutip lebih RM4.5 juta dari poket peminat.
Ini bukan sesuatu yang menjadi kejutan kerana kredibiliti yang di cipta oleh filem pertama berjaya membawa kembali peminat Adnan Sempit dari tahun 2010 untuk pergi menonton filem ini.Kalau
Keunikan Lisa di mata Yusry
Posted by yakuza on Saturday, 25 February 2012
| |
SEBELUM ini pernah timbul spekulasi bahawa pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, sehinggakan pihak KRU Studio terpaksa membuat kenyataan akhbar untuk menafikan perkara tersebut.
Kini spekulasi berkenaan akhirnya menjadi kenyataan setelah Lisa sah menjadi isteri kepada Yusry selepas diinikah dan diwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya kelmarin.Pada upacara akad nikah, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan, kek dan seutas rantai platinum sebagai mas kahwin.
Pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran seperti tepak sirih, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu kumpulan The Beatles, bunga rampai, kek dan coklat.
Pada satu sidang akhbar sebaik sahaja selesai upacara pernikahan, Yusry meluahkan rasa leganya apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dia selamat bergelar suami kepada Lisa.
Ucapan Mia Sara Kepada Mama Lisa dan Papa Yus
Posted by yakuza on Friday, 24 February 2012
Pelakon Terkena "Air Kencing Pontianak"
Posted by yakuza on Tuesday, 21 February 2012

Almy Nadia
PETALING JAYA: Ketika kebimbangan mengenai virus kencing tikus, pelakon Almy Nadia pula mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu.
Almy berkata, insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, pelakon itu terkejut wajahnya terus berubah.
"Ketika itu saya pun takut nak tengok muka sendiri. Sehinggakan, pengarahnya, Bob Ismail meminta saya berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional.
"Selepas itu, saya terus ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawat saya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.
Pemain Real Madrid dan Kekasihnya Bogel
Posted by yakuza on Monday, 20 February 2012

Tunisia – Gambar pemain Real Madrid ,Sami Khedira bersama teman wanitanya, Lena Gercke telah mencetuskan kekecohan di Tunisia sehingga menyebabkan seorang ketua pengarang sebuah akhbar tempatan bersama dua lagi editornya ditahan oleh pihak berkuasa.
Semuanya gara-gara akhbar itu menyiarkan gambar pasangan berkenaan yang menunjukkan Gercke bergambar tanpa seurat benang bersama Khedira yang lengkap berpakaian sambil tangannya menutup payu dara wanita berkenaan.
Tindakan akhbar tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga mereka mengancam untuk membakar bangunan yang menempatkan ibu pejabatnya.
[promo] Walimatul Urus Yusry & Lisa - Bhg 1
Posted by yakuza
Sebelum ini ada khabar mengatakan majlis perkahwinan mereka akan mendapat liputan secara live dan eksklusif daripada Astro. Bagiamanapun jelas Lisa, tiada siaran live tetapi para peminat boleh menyaksikan majlis mereka menerusI dua episod istimewa yang akan bersiaran di Astro.
![]() |
| Walimatul Urus Yusri & lisa |
Tiz Anggap Gosip Mengarut
Posted by yakuza
|
| TIZ ZAQYAH berasa serba salah dalam mendedahkan kisah percintaannya. |
CINTA sesama artis memang mudah mengundang spekulasi. Mendedahkan salah, menyembunyikan daripada pengetahuan umum juga ada sahaja yang tidak kena.
Tidak terkecuali status cinta pasangan pelakon sensasi, Tiz Zaqyah Razak dan Remy Ishak yang mula mencetuskan tanda-tanya. Bermula dengan khabar angin dalam blog-blog hiburan, kemudian berpanjangan sehingga ke ruangan pojok surat khabar. Akhirnya Tiz sendiri membuka mulut. Ternyata, Tiz berusaha mempertahankan cintanya yang didakwa telah berkerat rotan dengan Remy.
“Saya anggap gosip itu tidak wujud, ia sama sekali tidak benar,” nafi Tiz menutup khabar panas yang bertiup kencang minggu lepas.
Awal minggu baru-baru ini, Tiz hadir tanpa ditemani Remy sempena tayangan perdana filem keduanya, Cinta Kura-Kura di Cineleisure, Damansara. Barangkali Remy ada urusan lain, sementelah baru pulang dari percutian singkatnya ke Jakarta, Indonesia pada minggu lepas.
“Dia (Remy) sudah pulang dari Jakarta,” ucap Tiz ketawa sepanjang meleraikan spekulasi yang bertimpa-timpa ke atasnya.
Lisa Surihani Mandi Bunga
Posted by yakuza on Sunday, 19 February 2012

TINGGAL beberapa malam sebelum berkongsi kamar bersama lelaki bergelar suami, si darah manis Lisa Surihani tidak sepi dihambat debar. Pelik dan ironinya, bukan pemilik badan yang ketar menghitung hari. Debar itu sebaliknya ditimbulkan orang sekeliling, teman-teman rapat serta setiap orang datang bertanya, hanya soalan itu yang disuakan ke benaknya.
Bertemu seketika pada malam gala Cinta Kura-Kura terbitan syarikat milik adik-beradik bakal suaminya, KRU Studio’s, Lisa dibidik soalan yang sama. Jawapan Lisa memberikan gambaran, bahawa jiwanya sedang lebar terbuka. Permaidani ke gerbang hidup bersuami sudah terhampar megah menantikan detik bergelar isteri kepada Yusry.
Tiz Nafi Putus Cinta Dengan Remy
Posted by yakuza on Thursday, 16 February 2012
|
TIZ ZAQYAH mendakwa gosip dia dengan kekasihnya, Remy Ishak bukan kali pertama berlaku, tetapi sudah beberapa kali dan mereka sudah lali dengan isu tersebut. |
UMUM mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon utama drama rantaian Nur Kasih, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak makin mekar berkembang.
Namun, sekitar dua minggu lalu timbul gosip mengatakan hubungan pasangan kekasih itu berantakan dan mereka kini sudah tidak lagi bersama.
Malah, jika diperhatikan laman sosial Twitter dan Facebook kedua-dua selebriti itu ibarat masing-masing tengah memendam rasa dan seolah-olah sedang berperang.
Menerusi laman sosial milik Tiz juga baru-baru ini ada mengeluarkan beberapa kenyataan yang barangkali mempunyai makna tersirat.
Lebih memanaskan gosip tersebut, ada sumber yang memberitahu bahawa hubungan cinta mereka diputuskan oleh Remy sendiri kerana tidak tahan dengan sikap Tiz yang kuat cemburu serta beberapa faktor lain.
Najwa Latiff Beli Perodua Myvi Tunai
Posted by yakuza on Sunday, 12 February 2012
Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Mukabuku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini.Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor itu telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran populariti lagu tersebut.
Nantikan Kemunculan Adnan Sempit 2
Posted by yakuza
Selepas mencatatkan kejayaan pecah panggung yang luar biasa menerusi filem Adnan Sempit, kini Metrowealth (MIG) bakal menerbitkan pula sekuelnya, Adnan Sempit 2 dengan mengekalkan barisan pelakon yang sama terutama sekali untuk watak teraju utamanya iaitu Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.
Bezanya kini filem yang pernah menjadi fenomena dalam industry filem tempatan ini tidak lagi diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham tetapi ia bakal mendapat sentuhan daripada pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG iaitu Ismail Bob Hashim.




















