Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini

Posted by yakuza on Sunday, 23 March 2014

pohon_nabi1
Pohon Nabi (Pokok yang pernah dijadikan tempat berteduh Rasulullah SAW)

Inilah bukti kekuasaan Allah SWT.  Sebatang pohon rendang di tengah-tengah padang pasir ini masih lagi hidup subur. Pohon bertuah ini yang dipanggil sebagai Pohon Nabi masih lagi hidup subur biarpun sudah beribu tahun kewafatan baginda Rasulullah SAW.

Kenapa pohon ini dinamakan sebagai pohon Nabi?  Sebenarnya, Pohon Nabi merupakan pohon yang pernah menaungi Nabi Muhammad SAW dari panas terik matahari.  Sungguh menakjubkan kejadian ini, walaupun Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya pohon  ini masih hidup subur dan terus berbuah.

Inilah antara bukti kenabian Nabi Muhammad SAW.  Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah SWT agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkatan, pohon ajaib dan aneh kejadiannya.

Kisah Pohon Nabi

pohon_nabi
Kedudukan Pohon Nabi dari jauh

Suatu ketika dahulu, Rasulullah SAW melakukan perjalanan menuju negeri Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatina Khadijah R.A untuk berdagang, Rasulullah SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi baginda Rasullullah dari panasnya terik matahari.

Tatkala itu, seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah SAW  itu lalu berkata : “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya.  Atas sebab Allah SWT jua yang menghidupkannya dengan kehendakNya.
1. Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

2. Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

3. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”

4. Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra

A) Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

B) Kali kedua rasulullah ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah. Apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

wallahuallam - See more at: http://kezoom.blogspot.com/2013/07/buqaawiyya-pokok-dan-sahabat-nabi-yang.html#sthash.jeJFwUYN.dpuf

pohon_nabi3
Pohon Nabi ini tetap terjaga sehingga kini
Begitulah bukti kekuasaan Allah SWT.  Allah Ta’ala berhak melakukan apa sahaja atas kehendaknya…
 
 
Buqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi
More aboutBuqa'awiyya Pokok Dan Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Hingga Kini

Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran

Posted by yakuza on Monday, 2 April 2012


NEW YORK – Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.

Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald.

Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an.

Selepas akhbar Long Island melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang mengalami masalah sama.

Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.

Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanak bagaimanapun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.

Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala atau penggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.

Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanak Antarabangsa. – Agensi.
More aboutCium Telinga Punca Hilang Pendengaran

JIn yang Selalu Mendampingi Kita Setiap Masa

Posted by yakuza


Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah),
 

Aisyah berkata: "Aku merasa CEMBURU."
 

tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?"
 

Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."
 

Sabda Baginda: "Apakah engkau telah DIKUASAI oleh SYAITAN?" 

Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?"

Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin."

Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?"
 

Jawab Baginda: "YA, tetapi Allah MEMBANTUKU sehingga QARINKU telah MASUK ISLAM."
(Hadis Riwayat Muslim)

p/s : Qarin akan BERPISAH dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia.Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang..


Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan DIHADAPKAN di hadapan Allah untuk DIADILI..tetapi Qarin akan BERLEPAS TANGAN dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu..
More aboutJIn yang Selalu Mendampingi Kita Setiap Masa

8 Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan

Posted by yakuza on Friday, 30 March 2012



1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5) TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7) TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8) PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.”
credit to akuislam.com
More about8 Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan

Kenapa Kita Harus Sentiasa Mandi

Posted by yakuza on Thursday, 29 March 2012


Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam. Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula – mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.
Sabda Nabi S.W.T : “Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar )
Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat. Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat. Tidak sah solat tanpa bersuci.

Ok, itu dari sudut agama. kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.
Mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu.  Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.

Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah:

1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam berendam didalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%.

2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.

3. Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik, dengan rasa kering dan gatal. Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.
Caranya, pertama sekali isi dengan air suam, tambahkan kira-kira satu senduk baking soda dan kacau sehingga larut. Digalakkan berendam selama 10-20 minit.

4. Infeksi
Untuk infeksi, tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar)  dan berendamlah selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.

5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam. Masukan air suam  secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai bilas dengan air biasa. Lakukan selama 10-20 minit.

6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur, mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk. Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk. Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit.

7. Sirkulasi
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan  merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk.
.
Manfaat mandi yang sihat
Mandi air panas  sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang – liang  yang dapat membantu mengeluarkan racun. Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik. Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.

Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius. Ini terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempit kan darah dan meningkatkan aras gula darah. Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi air sejuk.

More aboutKenapa Kita Harus Sentiasa Mandi

Seks Oral Punca Kanser Mulut

Posted by yakuza on Monday, 19 March 2012


LONDON – Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.

Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan menghidal penyakit itu tahun lalu.
Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.

Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut.
Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.

“Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks,” katanya.

Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda.
“Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok,” katanya. – TS

More aboutSeks Oral Punca Kanser Mulut

Lelaki Suka Masakan Ibu Secara Tradisional

Posted by yakuza


LONDON – Satu tinjauan baru mendedahkan lebih separuh lelaki lebih menyukai masakan ibu berbanding isteri mereka kerana dimasak dengan cara tradisional serta lebih enak.

Kajian juga mendapati ibu jarang menghidangkan masakan segera dan memasak makanan disukai anak. Isteri dan teman wanita, sebaliknya, cenderung menyediakan hidangan segera atau makanan yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Tinjauan oleh rangkaian hiburan, Food Network UK, juga mendapati seorang dalam empat lelaki kerap balik ke rumah ibu masing-masing untuk menikmati makan malam tanpa pengetahuan pasangan.

Jurucakap rancangan itu, Nick Thorogood, berkata: “Agak menyenangkan mendapati lelaki lebih suka masakan ibu mereka. Sebagai orang dewasa, lelaki masih mahukan cara masakan selesa dan mengikut tradisi seperti ketika mereka membesar. Jadi, mereka beralih kepada ibu untuk mendapatkan apa yang mereka anggap sebagai hidangan sempurna.

“Banyak resipi terbaik Britain diturunkan ibu dan Hari Ibu adalah masa terbaik untuk orang ramai menggunakan panduan memasak dan mengejutkan ibu dengan hidangan yang dimasak di rumah.” – Agensi

More aboutLelaki Suka Masakan Ibu Secara Tradisional

Wajarkah Gaji Pembantu Rumah RM700?

Posted by yakuza on Friday, 16 March 2012

Adakah ini wajar dilakukan? Memang betul-betul gila lar kalau camni . . . dahla syarat yg ditetapkan oleh kerajaan indonesia bahawa satu amah satu kerja . . .that mean jika pembantu rumah tu jadi tukang masak so kerja dia hanya memasak. . . kalau dah siap masak tu nak buat apa?. . . x kan goyang kaki tonton raja lawak pulak kat astro. . .  wah mmg best la cam ni. . .  kerja rilek tapi gaji masyuk setiap bulan. . .  jadi secara logiknya majikan perlu mengambil dua atau tiga pekerja untuk semua perkara . . . jadi ini bermakna majikan perlu membayar RM2100 utuk pembantu rumah saja . . .


Hahaha..memang akan membebankan majikan la lepas ni..entah entah lepas ni nak beli milo pun x dapat.. kenapa Indonesia menetapkan syarat yang boleh aku dikelasifikasikan sebagai tidak masuk akal. . .



ini adalah ucapan daripada Jeffrey Loo iaitu Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) :

"Jika keputusan itu benar hendak diambil, saya tidak bersetuju kerana terang-terang ia tidak relevan...takkan majikan perlu menggajikan hingga empat orang amah bagi empat tugasan yang berlainan,"

PAPA juga sanggup menarik balik pengambilan amah dari Indonesia dan menumpukan kepada negara lain yang kurang kerenah jika Indonesia bertegas dengan keputusan itu.

"Baik kita menggajikan amah dari negara lain yang bersedia melakukan semua tugasan yang diminta dengan gaji tidak membebankan.. amah dari negara lain boleh 'multi-task' dengan satu gaji, jadi mengapa tidak Indonesia?," katanya. 

aku sokong 100% apa yang dia cakapkan...hip hip horreeyy!

Katanya, mengikut rundingan terdahulu, beliau difahamkan latihan kompentensi dijalankan bagi memahirkan amah dalam satu tugas khusus namun apabila bekerja tidak terhad pada satu tugasan saja.

manakala bagi Engku Fauzi iaitu  Presiden Majikan Amah Malaysia (MAMA) berkata "RM700 untuk seorang amah sahaja sudah amat membebankan, inikan lagi perlu mengambil lebih dari seorang amah justeru kami mengecam keras peraturan itu.

"Jika mahukan RM700 maka amah yang dibekalkan perlu benar-benar bermutu dan menanggung sendiri tempat tinggal, makanan dan pakaian, sama seperti pekerja warga asing yang lain," katanya.

 Engku Fauzi juga meluahkan kehairanan mengapa secara tiba-tiba negara jiran itu menimbulkan isu tersebut sedangkan memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai bulan Mei tahun lalu.

"Saya juga mahu persoalkan kenapa Indonesia membuat peraturan tersebut sedangkan Filipina dan Kemboja contohnya tidak menetapkan peraturan sebegitu rupa," katanya.



emm adakah ini satu pengkhianatan ???

So aku harap pihak kerajaan Malaysia tidak melayani permintaan yang tidak masuk akal itu. . . kenapa nak fokuskan kepada amah indonesia saja. . . banyak lagi amah yang bermutu contohnya daripada Filipina, Myanmar, dan India.

 Kalau la benda ni jadi korang aku syorkan jadi la pembantu rumah jer. . . gaji pun boleh tahan maa. . . kalau dah 3 bulan kerja aku rasa dah dapat beli iphone 4s dah tu. . . hahahaha 
More aboutWajarkah Gaji Pembantu Rumah RM700?

Lubang Hidung Tempat Syaitan Istirehat

Posted by yakuza on Thursday, 15 March 2012


Mungkin ramai di kalangan umat Islam mengetahui bahawa syaitan laknatullah sering mencari jalan menyesatkan anak-anak Adam AS dan sanggup bersusah payah untuk melaksanakan kerja jahatnya itu tanpa memilih tempat atau waktu.

Namun, mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa makhluk yang menderhaka kepada Allah SWT itu menjadikan lubang hidung kita untuk tidur ketika kita semua sedang enak diulik mimpi.
Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud;

“Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya,” – Riwayat Muslim (sahih).

 
Justeru itu, umat Islam diseru agar membersihkan lubang hidung sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur bagi memastikan syaitan-syaitan yang berada di lubang hidung tersebut dinyahkan dari tubuh badan kita.

Kita juga disunatkan untuk membersihkan lubang hidung dengan memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung masing-masing ketika berwudhu untuk menunaikan solat subuh.

Semoga kita umat Islam di akhir zaman ini terhindar dari syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan umat Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat.
More aboutLubang Hidung Tempat Syaitan Istirehat

Nak Makan Kena Bogel Dulu

Posted by yakuza


Pastinya ada di antara kita yang teringin untuk menikmati hidangan makanan dalam keadaan yang sungguh nyaman dan selesa supaya selera kita tidak mati tatkala diri sedang kelaparan.

Pastinya pilihan utama bagi pengunjung untuk menjamu selera di kedai-kedai makan atau restoran lebih tertumpu kepada keenakan dan pelbagai jenis hidangan makanan yang disajikan.

Cukuplah kiranya bagi kita merasa sungguh selesa apabila sesebuah restoran itu menyediakan servis penyaman udara supaya kita tidak berpeluh misalnya sewaktu menjamu makanan yang berperisa pedas.

Namun, pernahkah pengusaha sesebuah restoran memikirkan idea atau konsep yang luar biasa untuk menarik orang ramai berkunjung ke restoran mereka?

Tidak mustahil bagi pemilik restoran Nude Restaurant, New York, John Ordover untuk memberikan kelainan dalam konsep dan tarikan pelik bagi restorannya itu.


Nude Restaurant atau ‘Restoran Bogel’ merupakan restoran yang memestikan para pengunjungnya bogel terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk menjamu selera.
Selain itu, para pengunjung juga harus menggunakan slogan ‘No Hot Soup’ sewaktu menjamu selera dalam restoran itu.

Uniknya, restoran itu hanya dapat membenarkan seramai 50 orang sahaja pengunjung dari golongan tertentu masuk bagi memberikan keselesaan dan ruang privasi dalam satu-satu masa.
“Restoran ini biasanya hanya kami sewakan untuk private party, untuk kalangan sosialitas di kota ini,” kata John.

Bagi John, dia lebih mengutamakan keselesaan buat para pengunjung supaya mereka semua berasa tidak terganggu dan menikmati suasana di restorannya.

“Kami hanya lakukan hal yang membuat tetamu kami merasa nyaman. Bogel adalah satu keadaan yang membuat mereka merasa nyaman,” katanya.

p/s:  dengan cara hina ni ker cara nak tarik pelanggan ramai..



More aboutNak Makan Kena Bogel Dulu

Tips Nik Aziz Untuk Dapat Zuriat Baik

Posted by yakuza


KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.

“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.

Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam semalam.

Katanya, anak-anak bukan sahaja perlu diajar, sebaliknya turut diselangi dengan pendidikan.

Katanya, nasihat tidak akan sampai dengan sempurna pada anak-anak sekiranya mereka hanya diajar tanpa diterapkan dengan pendidikan bagi memudahkan golongan ini memahami setiap perkara yang diajar.

Tuan Guru bagaimanapun berkata, mereka bukan sahaja perlu dididik ketika berusia enam atau tujuh tahun sebaliknya sebelum mereka dibenihkan lagi.

“Suami isteri perlu menjaga akhlak serta membaca doa-doa yang diajar Rasulullah sebelum dan sewaktu ingin bersama pasangan masing-masing.

“Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya waktu itu bermulanya percambahan zuriat,”ujarnya lagi.

Lebih 500 orang ibubapa termasuk kanak-kanak menghadiri program itu yang turut diadakan pertandingan hafazan kanak-kanak (lelaki).

More aboutTips Nik Aziz Untuk Dapat Zuriat Baik

Tok mudim Yang Manis-Manis dan Jelita

Posted by yakuza on Wednesday, 14 March 2012

Sempena cuti sekolah ini, ramailah adik-adik kita yang akan berkhatan.

Penulis masih ingat lagi, dulu kalau dekat kampung-kampung, tok mudimlah orang yang paling digeruni oleh kanak-kanak.

Apatah lagi tok mudim yang jenis suka simpan misai tebal dan janggut panjang, sekali dia berdehem je, bertempiaran budak-budak ini lari keliling kampung.

Namun zaman dah berubah. Perkhidmatan tok mudim boleh dikatakan hampir pupus…ini disebabkan ibu bapa lebih yakin pada kaedah perubatan moden yang terbukti lebih bersih dan selamat.


Bercakap pasal berkhatan ni, penulis nak kongsi beberapa keping gambar ‘tok mudim’ wanita di Indonesia, mereka bukanlah tok mudim dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi doktor dan pembantu perubatan yang bertugas mengkhatankan kanak-kanak di sana.


Amboi, manis-manis orangnya.
 
Kalau macam ni lah orang yang ditugaskan untuk menyunatkan kanak-kanak, silap haribulan SI BAPA pun nak minta agar disunatkan sekali lagi, hahahahaha














 

sumber mynewshub.my
More aboutTok mudim Yang Manis-Manis dan Jelita

Sepuluh Golongan Jenazah Tidak Reput dan Busuk

Posted by yakuza


“Jenazah Misteri” membuatkan Tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.

Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.


“Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.”

“Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”

“Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka. 
 Subhanallah….

Renungan

Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk
 Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama’

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”

Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :

(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!” (Surah Al-Haaqqah :24)
Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah: 237)

Subhanaallah….

credit to hasnulhadiahmad.com
More aboutSepuluh Golongan Jenazah Tidak Reput dan Busuk

Nur Amalina Che Bakri Ditemu Ramah Oleh Neelofa

Posted by yakuza on Monday, 12 March 2012


Baru-baru ini pengacara baru Nona, Neelofa memuat-naik gambarnya bersama pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri di Universiti Endinburgh, Scotland.

Dalam laman twitternya, Neelofa berkata ia sebahagian daripada rakaman Nona yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

amacam ayu x?

Penulis pasti, antara yang pasti disentuh dalam rancangan itu adalah mengenai pelbagai kritikan negatif yang dilemparkan terhadap Nur Amalina, gadis cemerlang SPM yang dikatakan semakin hanyut dalam kehidupan sosialnya sejak melanjutkan pelajaran di luar negara.

nur amalina bersama seluar legging nya..

Mungkin apa yang tersiar di Nona kelak akan menjawab keresahan ramai pihak terhadap pelajar tersebut.
Penulis tak mahu komen banyak, cuma sehingga kini penulis difahamkan yang Nur Amalina tidaklah gagal dalam pelajaran seperti yang didakwa banyak pihak.

Bahkan dia kini sedang terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Selain memperoleh keputusan cemerlang, Nur Amalina turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

kata-kata dari ibu nur amalina dalam akhbar...

 Dalam erti kata lain, dia sedang memburu dua ijazah serentak!

Mungkinkah Nur Amalina ada jawapan untuk segala persepsi negatif yang dilemparkan terhadapnya?

Jangan lupa saksikan nona..tapi x tahu bila isu ini akan disiarkan bila..hehe  
More aboutNur Amalina Che Bakri Ditemu Ramah Oleh Neelofa

Rekaan Kereta Berbentuk Kasut

Posted by yakuza on Friday, 9 March 2012



HYDERABAD, India - Seorang pekerja menguji sebuah kereta yang mempunyai bentuk seperti kasut tumit tinggi di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Kasut itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada satu siri ciptaan yang dilakukan oleh pereka kereta di India, Sudhakar Yadav.
Kereta itu boleh bergerak selaju 45 kilometer sejam.
lagi gambar kereta kasut di seantero dunia..

More aboutRekaan Kereta Berbentuk Kasut

Sutera Labah Labah Dijadikan Tali Biola

Posted by yakuza


TOKYO: Tali biola daripada sutera labah-labah yang lazimnya digunakan membuat sarang didakwa mampu menghasilkan bunyi yang lebih indah jika dimainkan oleh pemuzik yang mahir, kata seorang saintis yang berjaya mencipta tali berkenaan.

Ribuan helaian halus yang ditenun bersama untuk menghasilkan tali yang kuat tetapi fleksibel menjadikan alat muzik sempurna, kata Profesor Kimia Polimer di Universiti Perubatan Nara, Shigeyoshi Osaki.


Osaki yang mempunyai pengalaman mengkaji sutera labah-labah selama lebih 35 tahun, sebelum ini mencadangkan bahan itu boleh digunakan untuk jahitan pembedahan atau jaket kalis peluru tetapi minatnya dalam biola menjadi inspirasi untuk mencipta sesuatu bagi alat muzik itu.
Dalam proses tenunan benang, bentuknya berubah daripada silinder kepada poligon, yang bermakna ia sesuai bersama dan lebih baik, kata Osaki.

“Ketika pembentangan benang biasa, banyak ruang antara gentian. Apa yang kita dapati tiada ruang antara filamen. Ia menjadikan tali itu lebih kuat. Ini semua boleh digunakan dalam peralatan harian kita,” katanya sambil menambah 300 labah-labah betina jenis Nephila Maculata menyediakannya bahan mentah itu.




Kekuatan dan ketahanan sutera labah-labah bukanlah penemuan baru, dengan kajian sebelum ini menunjukkan ia boleh tahan suhu tinggi dan kesan cahaya ultra ungu.

Osaki pernah mengeluarkan putaran tali dari sutera labah-labah yang katanya secara teori boleh menampung 600 kilogram berat.

Kini, dengan penciptaan terbarunya yang memberikan kegembiraan kepada pemuzik, yang memuji kualiti nyaring biola dari sutera labah-labah bagi nada lembut dan mendalam.

“Pemain biola profesional akan dapat membezakan sama ada tali itu adalah Stradivarius atau ciptaan Osaki yang berharga AS$1,200 (RM3,622),” katanya.


“Ia adalah sesuatu untuk menghasilkan bahan saintifik yang bermakna, tetapi saya juga ingin menghasilkan sesuatu yang boleh diterima masyarakat,” katanya.


Maklumat mengenai penyelidikan Osaki akan disiarkan dalam Physical Review Letters, satu jurnal Persatuan Fizik Amerika. – AFP
More aboutSutera Labah Labah Dijadikan Tali Biola

Tips Malam Pertama

Posted by yakuza on Thursday, 8 March 2012

Malam pertama adalah detik yang dinantikan penuh debaran oleh semua pasangan yang menempuh gerbang perkahwinan. Semestinya, semua pasangan inginkan malam pertama yang menggembirakan, hebat dan penuh bermakna.



Tips Malam Pertama

Bagi menempuhi malam pertama, persiapan dari segi fizikal dan mental perlu dilakukan. Dari segi fizikal, anda perlu pastikan tidak mempunyai bau yang tidak menyenangkan, sama ada bau badan ataupun bau mulut (Pssst.. bau kaki juga). Pastikan badan anda dalam keadaan bersih terutama sekali bahagian kemaluan. Jika anda mempunyai masalah kulit, pastikan ia dirawat terlebih dulu.

Malam Pertama

Bulu di kawasan ari-ari perlu dinipiskan supaya kemas dan tidak menimbulkan bau. Malam pertama tidak semestinya berakhir dengan seks yang hebat. Anda perlu ingat inilah kali pertama anda melakukan hubungan seks dan sudah semestinya ada kekurangan jika dibandingkan dengan pasangan yang sudah lama berkahwin.
Luahkan ungkapan cinta dan kata-kata manis, imbas kembali kenangan manis sewaktu bercinta dahulu. Jadikan pasangan anda selesa dan tenang. Jangan malu berbincang mengenai apa yang kamu berdua mahukan serta harapkan dalam konteks hubungan seks suami isteri.

Adalah amat penting untuk berasa tenang sebelum memulakan hubungan seks buat kali pertama. Mulakan dengan foreplay dan tumpukan banyak masa untuk aktiviti ini. Wanita memerlukan masa bagi menyediakan diri. Foreplay ini termasuk ciuman, pelukan, belaian, sentuhan dan seks oral. Tanya kepada pasangan anda, kawasan mana dirasakan nikmat lebih banyak. Fokuskan ke kawasan itu. Tumpukan masa untuk menerokai dan mempelajari fokus erotik pasangan anda.



Sebagai suami, anda perlu memikul peranan utama tetapi jangan sesekali bersikap terburu-buru, kasar atau rakus. Apabila isteri anda bersedia, penetrasi perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Pastikan vagina dalam keadaan basah. Jika tidak, gel pelincir boleh digunakan. Ini adalah kerana persetubuhan akan menjadi tidak selesa dan sakit apabila vagina berada dalam keadaan kering.

Posisi wanita di atas adalah kedudukan paling sesuai untuk malam pertama. Ini adalah kerana dalam posisi ini, isteri boleh mengawal tahap dan kedalaman penetrasi dan boleh disesuaikan mengikut tahap penerimaan beliau.


Pendarahan boleh berlaku semasa penertrasi pertama tetapi ia selalunya berlaku dalam kuantiti kecil dan tidak merbahaya. Adakalanya penetrasi tidak terjadi pada malam pertama. Ini boleh terjadi apabila pasangan anda masih belum bersedia atau anda sendiri boleh mengalami kegagalan ereksi ejakulasi pra matang.

Kegagalan ereksi pada malam pertama selalunya berpunca dari faktor psikogenik .Ini termasuk faktor tekanan dan tidak ada pengalaman dalam hubungan seks. Ejakulasi pra matang pula boleh berlaku akibat terlalu ghairah dan tidak ada pengalaman dalam mengawal ejakulasi. Sekiranya ini berlaku, anda jangan gusar atau panik.


Kedua-dua masalah ini lazimnya boleh dipulihkan dengan sendiri dan tidak memerlukan apa-apa rawatan. Hubungan seks perlu latihan dan teruskan hubungan intim walaupun pada beberapa kali yang pertama, ia tidak sehebat yang dijangka.
Ada juga kemungkinan isteri anda tidak akan mencapai klimaks pada malam pertama. Ini disebabkan pelbagai faktor termasuk penyesuaian diri.

Amalkan senaman, pengurusan tekanan yang bijak dan pemakanan sihat. Anda berdua sihat dan saling menyayangi antara satu sama lain, seks akan menjadi hebat. Bagaimanapun, ia mungkin tidak boleh dicapai dengan satu hubungan seks pada malam pertama. Saudara perlu bersabar dan belajar mengenai pasangan anda dari segi fizikal dan mental. Ada pelbagai buku panduan untuk pengantin baru yang boleh didapati di pasaran.

sumber


More aboutTips Malam Pertama

Kebaikan dan Keburukan Main Games

Posted by yakuza


Ramai yang memperkatakan tentang baik buruk permainan video dan internet masa kini. Terdapat juga laporan yang menyatakan permainan video lebih menjurus ke arah perilaku negatif anak-anak dan remaja jika tidak dikawal. Baru-baru ini, seorang saintis telah menerbitkan hasil kajiannya tentang kesan positif dan negatif permainan video di kalangan kanak-kanak dan remaja.
 
Douglas Gentile berkata penyelidikan yang dilakukannya bersama kumpulannya telah mendapati ada kesan negatif dan positif daripada bermain permainan video. Profesor bidang psikologi  Universiti Iowa State menyatakan contoh kedua-duanya dalam satu artikel terbarunya Nature Reviews / Neuroscience terbitan Disember 2011.

Dalam artikel “Brains on Video Games”, enam orang pakar memberikan penjelasan terkini mengenai kesan negatif dan positif permainan video yang boleh menjejaskan kognisi dan tingkah laku. Melalui maklumat tersebut ia boleh dimanfaatkan untuk tujuan pendidikan dan pemulihan.

“Kesemua enam penyelidik daripada empat kumpulan kajian yang berlainan menulis perspektif untuk artikel ini — semuanya bergantung antara satu sama lain, tetapi tumpuan diberikan kepada berbagai isu,” kata Gentile, yang bertugas di di Makmal Kajian Media di Iowa State. “Apa yang paling berharga ialah, hasil kajian mendapati permainan video bukanlah sesuatu yang negatif walaupun ia turut menyumbang kepada masalah, manun ia juga boleh mendatangkan faedah-faedah tertentu.”

Kesan Positif Permainan Video


Dalam artikel tersebut, Gentile menyatakan penyelidikan telah menunjukkan yang permainan video boleh mendatangkan kesan positif. Satu kajian yang dilakukan oleh dua orang penyelidik bersama iaitu Daphne Bavelier and C. Shawn Green dari Universiti Rochester (N.Y)  untuk permainan perang dan tembak-menembak  “Unreal Tournament” mendapati yang kemahiran dan tumpuan pemain-pemain meningkat dengan bermain permainan tersebut.


Walaupun hanya sedikit kajian menunjukkan kesan positif permainan video dan internet dalam tabiat sosial, kajian-kajian eksperiment yang turut dijalankan oleh Gentile di Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura mendapati bahawa bermain permainan social-games membawa kepada lebih banyak sikap “membantu-membantu” setiap pemain. Dalam satu kajian yang lain, penyelidik mendapati, kanak-kanak yang bermain lebih banyak permainan social-games sebelum memasuki alam persekolahan menunjukkan perubahan sikap tolong-menolong ketika di alam persekolahan.

 “Jika kandungan permainan video dipilih dengan bijaksana dan tujuan untuk mendidik, ia sebenarnya boleh meningkatkan beberapa kemahiran yang lain” tambah Gentile. Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa ia lebih kepada alat-alat pengajaran yang yang berfungsi mendidik anak-anak berbanding daripada apa yang kita bayangkan. Dan fungsi peralatan video tersebut boleh menjadi baik atau sebaliknya.”

Gentile juga mendokumentasi kesan negatif kajian tersebut. Ada yang berpendapat  kebanyakan daripada kesan yang dilaporkan merupakan kesan pendidikan di peringkat awal. Beliau memetik analisis paling komprehensif yang dijalankan sehingga kini — yang diketuai oleh rakan sejawatnya yang juga pakar psikologi. Tinjauan tersebut melibatkan 136 kertas kerja yang memperincikan 381 ujian bebas melibatkan 130,296 peserta penyelidikan.

Hasil penemuan menunjukkan, bermain permainan video yang melibatkan keganasan membawa kepada peningkatan kelakuan sifat tidak peka persekitaran, fisiologi yang tidak seimbang,  perlakuan dan tabiat agresif. Ia juga mengurangkan keinginan pemain untuk bersosial di alam nyata.

 “Hasil ujikaji permainan video yang boleh menyebabkan kegiatan jenayah atau keganasan fizikal yang serius adalah lemah berbanding bukti bahawa permainan menambahkan sikap agresif  yang berlaku setiap hari di sekolah. Sebagai seorang ahli psikologi, saya mengambil berat tentang sikap agresif setiap hari (lisan, hubungan dan fizikal), manakala pengkritik-pengkritik lebih berminat kepada melihat kesan negatif dari hasil ujikaji ini” Gentile menulis.

Mengikut laporannya, tidak terdapat banyak kajian tentang bagaimana bermain permainan video menjejaskan perhatian yang diperlukan dalam bilik darjah. Tetapi yang ada cuma — termasuk dua yang dijalankan di Iowa State — menyatakan ada kaitan antara permainan video dan masalah tumpuan di sekolah.

Ketagihan Permainan Video

Gentile juga memberi fokus kajian tentang ketagihan permainan video dalam artikel tersebut. Sebagai tambahan kepada  kedua-dua penanda aras kajian berkenaan patologi permainan video. Beliau menulis kini terdapat skor kajian yang menunjukkan yang corak masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain permainan video dan internet menyamai masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan atau ketagihan judi.


Beliau menegaskan bahawa permainan video ini dapat menyumbang ke arah kemajuan dalam pembelajaran, terutamanya sejak ia didapati boleh digunakan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Namun begitu, Gentile berkata yang jumlah wang dibelanjakan untuk permainan berpendidikan sangat kecil berbanding jumlah yang dibelanjakan untuk permainan hiburan komersial. Ini disebabkan kebanyakan permainan pendidikan adalah tidak begitu menarik perhatian pengguna, tidak menyeronokkan atau tidak sebaik kualti permainan yang berada di pasaran” ujar beliau.

Dengan memberikan semua kesan yang berbeza permainan video dan internet terhadap pemikiran seperti dinyatakan dalam artikel, Gentile berharap ia boleh mengurangkan sedikit pemikiran negatif dan dikotomi dalam bidang penyelidikan permainan video.

Beliau membuat kesimpulan bermain permainan video bukanlah sesuatu yang positif atau negatif. Penyelidikan sedia ada menunjukkan bahawa ia merupakan alat pengajaran yang berkesan, oleh itu ibubapa atau penjaga perlu memilih permainan yang berpotensi ke arah kebaikan dan mensasarkan untuk memaksimumkan kelebihannya sambil mengurangkan potensi yang merosakkan.

Sumber: ScienceBlog / Nature Reviews
More aboutKebaikan dan Keburukan Main Games

Misteri Piramid Terjawab Dengan Kebenaran al Quran

Posted by yakuza on Wednesday, 7 March 2012


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.



Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.



Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.


Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

subhanallah...

credit to hasnulhadiahmad.com


More aboutMisteri Piramid Terjawab Dengan Kebenaran al Quran

Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam

Posted by yakuza on Tuesday, 6 March 2012


Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam


”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.

Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.

Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.

Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.
Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.

Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).

Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.
Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.

Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.

Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.

Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”

Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”
Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”

Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. 

“Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.

Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.

Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.
Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.
Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.

Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.

“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.

subhanaallah....

credit to mynewhub.my
More aboutKisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...