Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Turki sekat akses kepada Twitter

Posted by yakuza on Sunday, 23 March 2014

Turki sekat akses kepada Twitter
ANKARA: ANKARA: Twitter disekat di Turki lewat Khamis hanya beberapa jam selepas Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memberi amaran untuk "menghapuskan" rangkaian sosial itu serta beberapa rangkaian lain yang mendedahkan dakwaan penyelewengan terhadap beberapa pemimpin kanannya.

Agensi berita Anatolia melaporkan pihak berkuasa "secara teknikal menyekat akses kepada Twitter" kerana perkhidmatan itu tidak menghiraukan beberapa arahan mahkamah untuk membuang sebahagian pautan yang disifatkan melanggar undang-undang.

Twitter dalam reaksinya melalui akaun rasmi @policy berkata rakyat Turki boleh melepasi sekatan itu dengan menggunakan perkhidmatan teks telefon mudah alih.

Dalam reaksi awal, pesuruhjaya Kesatuan Eropah bagi agenda digital, Neelie Kroes, melalui Twitter berkata sekatan Turki itu "tidak berasas, tiada makna dan tindakan pengecut".

Beliau menambah "rakyat Turki dan masyarakat antarabangsa boleh melihat tindakan ini sebagai penapisan. Inilah dia."

Sekatan akses kepada Twitter dibuat selepas Erdogan memberitahu satu rapat umum menjelang pilihan raya kerajaan tempatan pada 30 Mac ini bahawa beliau akan menyekat akses kepada Twitter di Turki.

"Kita akan hapuskan Twitter. Saya tidak peduli apa yang masyarakat antarabangsa akan kata," katanya.
Pejabat Erdogan dalam satu kenyataan meyifatkan Twitter telah tidak menghiraukan perintah mahkamah Turki yang meminta "beberapa pautan" dikeluarkan dan perdana menteri itu terpaksa memberi perhatian kepada perkara itu.

Laman web pihak berkuasa komunikasi Turki (TIB) menarik perhatian kepada empat perintah mahkamah yang berasingan yang merujuk kepada twitter.com.

Satu daripadanya menyebut: "Langkah perlindungan telah diambil bagi laman web ini (twitter.com) berdasarkan kepada keputusan… pejabat ketua pendakwa raya Istanbul dan telah dilaksanakan oleh TIB."

Anatolia dalam satu laporannya menyebut sekatan ini adalah satu-satunya jalan penyelesaian "untuk menangani layanan tidak adil terhadap rakyat (Turki).

Erdogan berdepan tekanan selepas rakaman audio yang mengaitkan beliau dengan skandal rasuah tersebar melalui rangkaian media sosial. Rakaman itu termasuk satu perbincangan antara Erdogan dengan anaknya tentang menyembunyikan dana serta dengan beberapa orang yang lain yang membayangkan beliau campur tangan dalam urusan perniagaan, kes mahkamah dan liputan media.

Antara maklumat yang mencemarkan namanya itu datang daripada sebuah akaun Twitter di bawah nama Haramzadeler yang kelihatan mempunyai akses kepada sejumlah besar dokumen sulit dan maklumat polis berhubung siasatan itu.

Erdogan menafikan kebanyakan rakaman itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah jahat penentangnya dan mengancam mengharamkan YouTube dan Facebook selepas pilihan raya penting pada 30 Mac ini.

"Ini tidak ada kena mengena dengan kebebasan. Kebebasan tidak bermakna hak untuk menceroboh privasi seseorang atau menyebarkan rahsia negara kepada dunia," kata Erdogan pada Khamis.

Perdana menteri itu secara terbuka mempunyai syak wasangka terhadap Internet. Pada tahun lalu, beliau menggelar Twitter sebagai "berbahaya" kerana membantu menganjurkan protes anti kerajaan yang besar.

Turki yang mempunyai lebih 10 juta pengguna Twitter telah menyekat banyak laman web sejak beberapa tahun yang lalu. YouTube diharamkan selama dua tahun sehingga 2010 kerana kandungan yang disifatkan menghina pengasas negara itu, Mustafa Kemal Ataturk.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/turki-sekat-akses-kepada-twitter-32225?cp
More aboutTurki sekat akses kepada Twitter

MH370: Imej satelit baru Perancis menunjukkan 'objek berpotensi'

Posted by yakuza


MH370: Imej satelit baru Perancis menunjukkan 'objek berpotensi'
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa Perancis berjaya mengesan imej satelit baru menunjukkan objek yang bermungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang di sekitar koridor selatan.

Malaysia menerima maklumat tersebut pada pagi Ahad dan ia dimaklumkan serta-merta kepada pusat koordinasi operasi Australia.

Sebelum ini, Australia dan China juga mengeluarkan imej satelit ‘objek berpotensi’ berkaitan dengan pesawat MH370 di koridor selatan sekitar Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat kini tertumpu di kawasan 2,000 km ke barat daya Perth selepas Australia mengeluarkan kenyataan yang ia sedang menyiasat kemungkinan terdapat serpihan di sana.

China berkata imej satelit yang dikesannya juga terletak sekitar kawasan itu.

Beberapa pesawat dijadual menyertai misi di koridor selatan pada Ahad tetapi telah dibatalkan kerana cuaca buruk yang disebabkan oleh taufan tropika Gillian.

Perkembangan operasi mencari dan menyelamat setakat ini:

* Dua pesawat Ilyushin IL-76 dari China telah tiba di Perth dan akan menyertai operasi esok pada jam 0500 dan 0600.

* Dua pesawat P3 Orions milik Jepun berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Perth pada Ahad.

* Pusat koordinasi Australia akan mengerahkan lapan pesawat (empat pesawat tentera, empat pesawat awam) ke koridor selatan pada Ahad untuk menjalankan pencarian secara visual.

* Kapal tentera Australia 'Ocean Shield', yang mempunyai kenderaan kawalan jauh bawah laut, dalam perjalanan ke koridor selatan.

* Setakat jam 2:30 petang (waktu Malaysia)  Australia berkata mereka masih belum berjaya membuat pengesanan baru yang berkaitan dengan MH370.

* Pesawat P8 Poseidon Tentera Laut dan pesawat C130 Tentera Udara milik India berlepas dari Lapangan Terbang Subang pada Ahad untuk menyertai misi mencari dan menyelamat di kawasan utara koridor selatan, yang kini diketuai Indonesia.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-imej-satelit-baru-perancis-menunjukkan-objek-berpotensi-32391?cp
More aboutMH370: Imej satelit baru Perancis menunjukkan 'objek berpotensi'

Pelepah Pinang Mirip Wajah Manusia

Posted by yakuza on Wednesday, 4 April 2012


KLUANG – Seorang warga emas, Tan Gek Yong, 70, terkejut apabila pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang menyerupai wajah manusia.

Menurutnya, pokok pinang tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini.

Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumah dan terkejut apabila melihat pelepah terbabit.

“Saya hanya lihat sekejap sahaja pelepah itu kerana apabila melihatnya lama seolah-olah pelepah yang berwajah manusia sedang senyum itu tepat memandang saya.

“Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia tidak berani mendekati pokok pinang itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa.

Sementara itu, terdapat enam pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia.

“Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Teng Num Ting, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lepas setelah diberitahu ibunya.

“Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan.

“Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu,” katanya
More aboutPelepah Pinang Mirip Wajah Manusia

RM10 Untuk Tonton Tarian Ghairah

Posted by yakuza on Monday, 2 April 2012


KUALA LUMPUR – Hanya RM10 untuk menonton persembahan ghairah. Itu yang ditawarkan sebuah premis hiburan yang diserbu Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di Taman Prima, Selayang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, 23 pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi yang asyik menari ghairah di atas pentas peragaan ditahan. Kadar bayaran yang rendah itu menjadi faktor premis hiburan terbabit dikunjungi ramai pelanggan untuk berhibur bersama GRO pilihan.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, ketika serbuan, semua GRO terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun gagal selepas dikejar anggota polis.

Katanya, dalam serbuan itu, empat lelaki dipercayai penjaga premis dan 23 GRO iaitu lapan warga Thailand, sembilan (Vietnam), empat (Indonesia) dan dua (China) ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati semua mereka yang berusia 19 hingga 39 tahun itu bekerja sebagai penari ghairah dan tidak terbabit aktiviti pelacuran.


“Mereka hanya menari di pentas untuk menghiburkan pengunjung dengan berpakaian seksi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggan yang berpuas hati dengan tarian mereka boleh menambah RM10 untuk membeli kalungan bunga bagi diberi kepada GRO terpilih
More aboutRM10 Untuk Tonton Tarian Ghairah

Mangsa Rogol Meninggal Dunia Di Ukraine

Posted by yakuza on Saturday, 31 March 2012



Ukraine – Seorang gadis, yang menjadi mangsa rogol dan dicederakan dengan teruk oleh penyerangnya, meninggal dunia selepas beberapa hari dia mendedahkan kesengsaraan yang dialaminya itu dalam rakaman video yang kemudiannya dimuat naik dalam internet.

Dalam rakaman berkenaan, Oksana Makar dengan tabahnya menceritakan bagaimana dia dirogol, dicekik dan dibakar oleh tiga lelaki sehingga 55 peratus kulitnya melecur.

Video berkenaan dirakamkan oleh ibunya di hospital selepas sebelah tangan dan dua belah kakinya terpaksa dipotong oleh doktor dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Namun selepas dua minggu dia bertarung nyawa, akhirnya gadis berusia 18 tahun itu meninggal dunia akibat luka terbakar dan kerosakan di bahagian paru-parunya.

Rakaman itu dibuat selama 1:19 minit dan dimuat naik ke internet awal bulan ini.
Biarpun dalam keadaan tertekan, namun Oksana berjaya menceritakan kejadian berkenaan dan turut meminta supaya kemaluan suspek penyerangnya itu dipotong lalu diberikan kepada anjing.

Dua daripada suspek kes itu dikenal pasti sebagai Maxim Prisyjnikov, 23, dan Artyon Pogosyan, 21.
Kedua-dua mereka merupakan anak kepada pegawai tinggi kerajaan Ukraine.Dalam kejadian itu, Oksana mendakwa dia telah dijemput oleh Prisyjnikov dan Pogosyan ke rumah rakan mereka, Yevgeniy Krasnoshek.

Selepas dirogol, Oksaba mendakwa mereka cuba membunuh dengan mencekiknya sebelum dia dibalut di dengan kain, dan dibuang ke tempat pembinaan, lalu dibakar.
Oksana bagaimanapun ditemui masih bernyawa oleh seorang lelaki pada keesokan harinya selepas mendengar dia mengerang kesakitan.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya ditangkap namun disebabkan kekurangan bukti, mereka telah dibebaskan.
 Menurut pendakwaraya, mereka tidak menyoal Oksana kerana dia tidak sedarkan diri walaupun ibunya beberapa kali menegaskan anaknya mampu bercakap.

Kejadian berkenaan menggemparkan Ukraine seingga mencetuskan protes di kalangan penduduknya yang menyifatkan polis menerima rasuah apabila dua suspek yang juga anak pegawai kerajaan dibebaskan.

mynewshub
More aboutMangsa Rogol Meninggal Dunia Di Ukraine

Pelajar Persenda Muamba Dihukum Penjara

Posted by yakuza


London – Seorang pelajar universiti yang menyebar mesej berbaur perkauman yang mempersendakan Fabrice Muamba ketika pemain bola sepak itu diserang sakit jantung melalui twitter, terpaksa menjalani hukuman penjara apabila rayuannya untuk mengetepikan hukuman itu ditolak oleh mahkamah.

Dengan keputusan itu, Liam Stacey, 21 terpaksa menjalani hukuman penjara selama 56 hari.
Hukuman penjara itu dijatuhkan ke atasnya pada Selasa lalu.

Menurut Hakim, Wyn Williams, walaupun tiada garis panduan dalam menetapkan hukuman penjara namun twitter yang dihantar oleh Stacey itu adalah satu kesalahan yang berat dan disifatkan sebagai berbaur perkauman.

Stacey mencetuskan kontroversi selepas dia menghantar mesej melalui twitter sebaik sahaja Muamba rebah di padang.

Twitternya berbunyi `LOL. F*** Muamba. Dia dah mati!!!”

Mesej berkenaan yang dihantar ketika Muamba sedang bertarung nyawa ekoran serangan jantung yang dialaminya ketika perlawanan suku akhir Piala FA menentang Tottenham, telah membangkitkan kemarahan banyak pihak.

Dalam pada itu, dia yang juga pelajar tahun tiga kursus biologi di Universiti Swansea terpaksa menerima hakikat dibuang daripada universiti berkenaan.

More aboutPelajar Persenda Muamba Dihukum Penjara

Bangga Beraksi Bogel Depan Majalah

Posted by yakuza


CALIFORNIA – Ibu tunggal yang pernah mencatat sejarah melahirkan lapan bayi kembar serentak, Nadya Suleman, berbangga dengan susuk tubuhnya yang dikatakan masih digilai lelaki dan sanggup beraksi bogel di depan kamera untuk sebuah majalah, Closer.

Ibu yang menggemparkan seluruh Amerika Syarikat pada tahun 2009 itu menayangkan perutnya yang masih kempis dan buah dada bersaiz 34DD di majalah tersebut, namun menegaskan bahawa dia akan terus ‘solo’ selama 15 tahun akan datang.

Menurut Nadya, hidupnya kini adalah tertumpu kepada membesarkan anak-anak kembarnya itu yang baru berusia tiga tahun dan hanya akan memikirkan tentang hubungan dengan lelaki selepas mereka berusia 18 tahun.

“Saya dapat perhatian dari ramai lelaki, tapi saya takkan ‘berdating’ dengan mereka selagi kelapan-lapan bayi kembar saya berumur 18 tahun,” katanya yang dipetik dari closeronline.com, baru-baru ini.
Nadya digelar “Octomum” ekoran kejayaannya melahirkan bayi-bayi kembar, enam lelaki dan dua perempuan, pada tahun 2009 melalui kaedah persenyawaan in vitro serta merupakan ibu kedua yang berjaya melahirkan bayi ‘octuplets’ di Amerika Syarikat.

Nadya ‘Octomum’ Bangga Beraksi Bogel Di Majalah

Bagaimanapun, ramai yang marah dan mempertikaikan dirinya sama ada mampu membesarkan bayi-bayi “octuplets” berkenaan kerana Nadya sudah memiliki enam orang anak sebelum melahirkan mereka.
Noah, Jonah, Jeremiah, Isiah, Josiah, McCai, Maliah dan Nariah kini berumur tiga tahun pada Januari lalu serta menjadikan mereka sebagai bayi “octuplets” paling lama hidup dalam sejarah Amerika Syarikat.

Hasil dari melahirkan bayi-bayi itu, Nadya mempunyai beberapa kesan regangan ketara pada kulit perutnya, namun dia berbangga dengan kesan tersebut.
Mengulas mengenai saiz buah dadanya, Nadya mengaku pernah menjalankan proses mengecilkan buah dada ketika berumur 17 tahun namun kini ‘aset kebanggaannya’ itu semakin membesar kepada saiz 34DD.

“Perut saya penuh dengan kesan regangan seolah-olah ada urat yang nak terkeluar, tapi itu tak penting bagi saya. Dan saya tetap berbangga dengannya walaupun ada yang sudah hampir pudar kesannya.
 
“Buah dada saya kembali ke saiz 34DD selepas melahirkan anak-anak sebelum ini, tapi ia agak ‘jatuh’ sedikit ketika menyusukan ‘octuplets’, saya beri mereka susu badan. Saya tak tahu bagaimana tubuh saya kekal begini,” katanya lagi. 

mynewshub.my
More aboutBangga Beraksi Bogel Depan Majalah

Dilema Memiliki Payu Dara Besar

Posted by yakuza on Saturday, 24 March 2012


Mungkin sesetengah wanita begitu berbangga memiliki sepasang buah dada yang besar dan menyifatkan diri mereka sebagai ‘seksi’ serta mampu menarik ramai lelaki untuk melutut di hadapan mereka.

Namun berbeza Stephanie Fox yang memiliki buah dada sebesar 32K, dia rasa begitu terseksa apabila gagal memiliki teman lelaki, sukar mendapat pakaian yang sesuai dan sering ditohmah serta dijadikan ‘buah mulut’ oleh masyarakat sekelilingnya.

Stephanie, 21, yang tertekan dengan saiz buah dadanya itu mengeluh ekoran lelaki tidak bertentang mata ketika berbual dengannya, sebaliknya mata mereka lebih tertarik untuk merenung ke arah buah dadanya sahaja.

Dia yang sering sakit-sakit di bahagian belakang akibat buah dada yang terlalu berat untuk tubuhnya merasa tersinggung apabila rakan-rakan perempuannya yang melemparkan tohmahan kononnya dia adalah bintang porno.

“Ramai wanita idamkan buah dada yang besar, padahal ia adalah satu mimpi buruk.

 “Kebanyakan lelaki yang saya temui adalah lelaki yang jenis kotor, jarang sangat mereka melihat ke arah wajah saya ketika berbual dengan saya.

“Kadangkala, ia boleh begitu menakutkan. Sebahagian dari mereka suka menyentuh (di bahagian buah dada) saya. Jadi, jika keluar bersama rakan-rakan lelaki saya, mereka selalunya berada di sekeliling saya sebagai pengawal,” katanya.

Menurut Stephanie, ramai dikalangan rakan-rakan perempuan menganggap buah dadanya itu palsu sebagaimana bintang-bintang porno dan menganggap dirinya menceburi bidang tidak bermoral itu.

“Wanita-wanita tersebut mengandaikan buah dada saya palsu, mereka tengok saya bagaikan saya seorang bintang porno.

“Mereka mengeleng-gelengkan kepala apabila bertembung dengan saya dan saya boleh dengar mereka berkata ‘nampak sangat palsu’ dan ‘cuba tengok dia berlagak dengannya’. Saya cuba senyum bila melalui perkara ini, tapi kadang-kadang ia agak menyakitkan hati saya,” katanya lagi.

Stephanie menjelaskan bahawa dia terpaksa berpisah dengan teman lelakinya pada tahun 2010 ekoran kekasihnya itu tidak tahan cemburu apabila terlalu ramai lelaki yang merenung ke arah buah dadanya.

“Saya berpisah dengan teman lelaki saya pada tahun 2010..dia sangat cemburu. Bila kami keluar bersama dia kerap marah-marah apabila lelaki merenung saya. Saya cuba beritahu dia bahawa saya tak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya kesal.

Selain itu, lelaki-lelaki yang ditemuinya selepas itu semuanya tidak boleh diharap apabila mereka lebih obses kepada buah dadanya sahaja berbanding memberikan cinta sejati.

Bagaimanapun saiz buah dada Stephanie adalah agak kecil berbanding buah dada Norma Stitz yang memiliki saiz buah dada sebenar 102ZZZ yang mencipta rekod sebagai saiz buah dada tulen terbesar di dunia. –

Mynewshub.my
More aboutDilema Memiliki Payu Dara Besar

Keputusan SPM Pada 21 Mac 2012

Posted by yakuza on Wednesday, 21 March 2012


PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac depan, menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini.

Pengumuman analisis keputusan itu pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini, jam 9 pagi pada hari yang sama.Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

 amacam? cuak x..hehe

Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.
Seramai 468,808 calon mendaftar menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. – BERNAMA
More aboutKeputusan SPM Pada 21 Mac 2012

Pelajar Sekolah Tawar Seks Untuk Gugur Kandungan

Posted by yakuza on Monday, 19 March 2012



KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima dilaporkan ‘terpaksa’ menawarkan khidmat seks bagi mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos membeli pil menggugurkan kandungan setelah kekasihnya bersikap lepas tangan terhadap masalah yang dihadapinya itu.

Pelajar tersebut yang hanya dikenali sebagai Shasha memberitahu media Sinar Harian bahawa dia telah menjual tubuhnya kepada beberapa orang kenalan lelaki dengan bayaran RM100 untuk setiap kali bersama.

“Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal.

“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya,” katanya yang dipetik dari media online berkenaan hari ini.

Ekoran insiden tersebut Shasha mengaku serik untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki dan telah beralih arah untuk terjebak dengan percintaan sama jenis atau lesbian.
Menurut Shasha lagi, dia menyembunyikan hubungan sama jenis tersebut dari pengetahuan keluarga memandangkan kekasihnya, Faiz, akan datang tidur dirumahnya pada setiap hujung minggu.

“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki.

“Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya lagi

mynewshub
More aboutPelajar Sekolah Tawar Seks Untuk Gugur Kandungan

Pengasas Red Bull Meninggal Dunia

Posted by yakuza on Sunday, 18 March 2012




BANGKOK - Bilionair Chaleo Yoovidhya yang merupakan pengasas bersama minuman tenaga Red Bull meninggal dunia pada usia 89 tahun semalam akibat sakit tua, kata seorang jurucakap syarikat berkenaan.
Menurut majalah Forbes, Chaleo ialah lelaki kedua terkaya di Thailand dengan nilai aset AS$5 bilion (RM15.2 bilion) pada tahun lalu.
Dilahirkan dalam keluarga miskin berketurunan China-Thai, keluarga Chaleo menyara kehidupan dengan menternak itik dan menjual buah-buahan di wilayah Phicit, utara Thailand.
Beliau kemudian berpindah ke ibu kota Thailand untuk bekerja di kedai ubat saudara lelakinya sebelum menjadi seorang jurujual.
Chaleo seterusnya membina kilang farmaseutikalnya sendiri di sini.
Kilangnya, TC Pharmaceuticals menghasilkan minuman tonik dinamakan Krating Daeng yang mendapat sambutan hebat dalam kalangan pekerja kilang dan pemandu lori.
Populariti tonik tersebut kemudian dijadikan inspirasi oleh Chaleo untuk menghasilkan Red Bull.
Pada tahun 1984, beliau mengasaskan minuman Red Bull bersama pakar pemasaran Austria, Dietrich Mateschitz.
Mateschitz menyedari potensi minuman tonik tersebut semasa melawat rantau Asia.
Mereka mula menjual Red Bull di Austria pada tahun 1987.
Rakan niaga itu masing-masing memiliki 49 peratus kepentingan dalam Red Bull manakala baki dua peratus saham dipegang oleh anak lelaki Chaleo, Chalerm.
Red Bull yang dihasilkan di kilang milik Chaleo kini dijual di lebih 70 negara di seluruh dunia.
Bilionair itu berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan 11 orang anak, lima oleh isteri pertamanya dan enam hasil perkahwinan keduanya.
Selain perniagaan minuman tenaga, Red Bull turut memiliki dua pasukan bola sepak, Red Bull Salzburg di Austria dan New York Red Bulls di Amerika Syarikat.
Red Bull juga merupakan pemilik pasukan Formula Satu dengan nama yang sama.
Keluarga Chaleo bersiap sedia untuk mengadakan upacara agama Buddha selama seminggu di sebuah tokong di sini ekoran kematian ketua keluarga tersebut. - AFP

More aboutPengasas Red Bull Meninggal Dunia

Dua Tahun Tak Boleh Kena Panas

Posted by yakuza



   
                            


MARANG - Mangsa simbahan asid, Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, kini terpaksa menempuh hidup baharu yang jauh berbeza daripada orang lain apabila dia terpaksa mengelak sinaran cahaya matahari selama dua tahun jika mahu cepat pulih.
Akibat kejadian pada 19 Februari lalu, Mohd. Fazil yang kini menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Rabu ini mengalami luka dan parut di sebahagian besar muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki serta badan.
Dalam tempoh dua tahun akan datang ini, dia terpaksa memakai pakaian tebal dan menutupi kepalanya untuk melindungi kulit daripada bahang matahari.
Mohd. Fazil berkata, doktor yang merawatnya menetapkan pantang larang itu memandangkan kulitnya yang telah rosak kini amat sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti.
"Saya tidak tahu bagaimana harus saya lalui tempoh dua tahun ini dan saya sangat berharap luka dan kesan parut ini dapat segera sembuh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Merchang dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 19 Februari lalu, dia bersama rakannya yang juga nelayan, Shahurzaman Salim, 38, melecur disimbah cecair, dipercayai asid dalam satu insiden awal pagi di Kampung Padang Merchang.
Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika kedua-dua sahabat itu nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.
Akibat simbahan itu, Mohd. Fazil melecur di sebahagian besar tubuh manakala Shahurzaman cedera di muka serta mata.
Polis menahan tiga suspek untuk membantu siasatan iaitu dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun pada hari kejadian manakala suspek ketiga yang berusia 26 tahun ditangkap sehari kemudian.
Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman.
Selain terpaksa mengelak cahaya matahari, Mohd. Fazil juga mungkin perlu memakai sarung tangan tekanan dan mungkin juga topeng tekanan bagi memastikan kesan parutnya tidak timbul.
Mengenangkan penderitaan yang terpaksa dihadapi, mangsa mempunyai sebab untuk tidak memaafkan suspek kejadian itu.
"Saya tidak tahu apa motif orang itu tetapi saya tidak akan memaafkan dia atas apa yang dilakukan pada saya," katanya lagi.
Jelasnya, akibat kejadian itu, dia terpaksa dirawat kira-kira tiga minggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala bagi memastikan kesan lukanya pulih.
Sementara itu, ibunya, Zaleha Ishak, 48, berkata, walaupun pihak hospital membenarkan anaknya itu pulang awal, dia masih perlu menjalani rawatan susulan dua kali seminggu.
More aboutDua Tahun Tak Boleh Kena Panas

Budak Penagih Rokok Tegar Jalani Rawatan

Posted by yakuza on Saturday, 17 March 2012


JAKARTA – Kanak-kanak lelaki yang menghisap lebih sebungkus rokok sehari akan menjalani rawatan bagi menghentikan ketagihannya selama empat tahun itu, kata pegawai kebajikan kanak-kanak semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait, berkata Ilham, 8, yang menghisap kira-kira 25 batang rokok sehari memerlukan “bantuan kecemasan” kerana ketagihannya sudah mencapai “tahap bahaya” hingga menjejaskan tingkah lakunya.

“Anda dapat lihat perubahan dalam tingkah lakunya apabila dia tidak dapat merokok untuk seketika, dia agresif dan sukar dikawal. 


“Dia seolah-olah dirasuk kuasa jahat,” katanya. Bapa Ilham, Agan Umar, berkata budak itu memecahkan kaca tingkap atau apa saja di sekitarnya jika dia tidak diberikan rokok secara konsisten.

“Saya harap rawatan itu berjaya supaya Ilham boleh kembali ke sekolah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Menurut Agan, Ilham akan meninggalkan kampungnya di Sukabumi di Jawa Barat Isnin ini bagi memulakan rawatan intensif khas di Jakarta. – AFP
More aboutBudak Penagih Rokok Tegar Jalani Rawatan

Kisah Sedih Ibu dan Dirang

Posted by yakuza on Thursday, 15 March 2012


Kes bunuh Dirang
PASIR GUDANG – Ibu kanak-kanak mangsa bunuh dan bakar, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih mesra dipanggil Dirang, bermimpi anak kesayangannya itu hadir dalam mimpinya, malam kelmarin.
Roselyn Alan, 25, berkata, dalam mimpi itu, Dirang tidak berpakaian lengkap tetapi hanya memakai seluar biru, datang memeluk dan menciumnya.

Ibu malang itu memberitahu, Dirang berpesan supaya jangan menangisi pemergiannya lagi kerana dia ‘sudah tenang di sana’.

 
Katanya, Dirang datang kepadanya dan bertanya: “Mak cari saya?

“Saya cakap kenapa kau (Dirang) tidak balik?’ kata Roselyn. 

Menurut Roselyn, selepas itu, Dirang memberitahunya: “Mak jangan menangis kerana saya sudah ok di sini” sambil memeluk dan menciumnya sehingga dia terjaga kira-kira jam 3 pagi.

Roselyn yang masih tidak mampu menahan hiba, menceritakan kisah mimpinya yang memilukan itu kepada wakil media di kediamannya selepas urusan pengebumian jenazah Dirang, di sini, semalam.

Jenazah Dirang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Masai kira-kira jam 1.30 petang, dalam keadaan hujan renyai dan cuaca mendung sejak awal pagi.

Keadaan itu seolah-olah menangisi pemergian kanak-kanak malang itu yang menjadi mangsa pembunuhan kejam manusia berhati binatang.

Kesedihan dengan linangan air mata dalam kalangan keluarga, saudara-mara, jiran dan rakan-rakan, menyelubungi suasana di kawasan tanah perkuburan itu.

Selain Roselyn, bapa tirinya, Lima Medang, 25, dan kaum keluarga terdekat, hampir 100 orang terdiri daripada jiran dan masyarakat setempat yang simpati dengan nasib insan kerdil yang tidak berdosa itu turut sama menghadiri pengebumian itu.

Ada dalam kalangan mereka tidak dapat menahan sedih dan turut menitiskan air mata, apabila melihat keadaan Roselyn yang menangis pilu apabila talkin dibacakan oleh Imam 1 Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek Bandar Seri Alam, Abdul Rahman Ismail.

Roselyn berkata, dia merancang untuk berpindah ke tempat lain, tetapi masih belum tahu lokasi sebenar dan kini dia perlukan masa kerana masih trauma dengan kejadian memilukan itu.

“Sebelum ini, saya memang ada merancang hendak berpindah rumah, tetapi keadaan suami ketika itu masih belum bekerja.

“Kami akan berpindah ke tempat lain selepas ini kerana tidak mahu lagi terbayang-bayang dengan kenangan bersama Dirang,” katanya.

Katanya, Dirang begitu gemar menonton cerita kartun Upin dan Ipin dan Barbie.

“Saya selalu marah pada dia kerana setiap hari bangun dari tidur, dia terus memasang cerita kartun Upin dan Ipin dan Barbie, tetapi sekarang tidak ada lagi Dirang yang berulang-kali menonton cerita itu,” katanya.
More aboutKisah Sedih Ibu dan Dirang

Israel Henti Serangan Keatas Gaza

Posted by yakuza on Wednesday, 14 March 2012




BANDAR GAZA - Israel dan kumpulan pejuang di Gaza bersetuju untuk saling menghentikan serangan semalam dalam satu gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir.

Perkembangan tersebut berlaku selepas 25 penduduk Gaza terbunuh manakala 80 cedera dalam pertempuran empat hari antara Israel dan Palestin.

Berdasarkan persetujuan itu yang berkuat kuasa pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin, Israel dan Kumpulan Jihad Islam di Gaza bersetuju untuk berhenti melancarkan serangan.

"Terdapat persefahaman bersama (Israel dan pejuang Palestin) dan kami mengikuti perkembangan yang berlaku," kata Menteri Pertahanan Awam Israel, Matan Vilnai dengan menjelaskan bahawa gencatan senjata tersebut tidak melibatkan persetujuan bertulis.

Sejak gencatan senjata itu dipersetujui, bilangan roket yang dibedil ke Israel berkurangan dengan mendadak manakala langit di Gaza turut tenang tanpa kehadiran pesawat pejuang rejim Zionis.

Namun, kedua-dua belah pihak segera memberi amaran gencatan senjata itu akan terbatal jika pihak musuh melakukan tindakan provokasi yang melampau.

Gencatan senjata itu berkuat kuasa selepas keganasan rejim Zionis berlaku selama empat hari yang bermula dengan pembunuhan Ketua Jawatankuasa Penentangan Popular, Zahir Kaisi oleh tentera Israel pada Jumaat lalu.

Ekoran pembunuhan tersebut, pejuang-pejuang Palestin membedil roket ke selatan Israel yang dibalas dengan serangan udara oleh rejim Zionis. - AFP 

sumber kosmo!
More aboutIsrael Henti Serangan Keatas Gaza

[Seram] Api Misteri Kembali Mengganas

Posted by yakuza on Tuesday, 13 March 2012





KOTA BHARU – Selepas lebih setahun tenang tanpa serangan api misteri, keluarga Zainab Sulaiman, 75, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab kembali resah apabila serangan tersebut kembali berulang di kediamannya di sini kelmarin.
Terbaru, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini, apabila api misteri tersebut muncul secara tiba-tiba dan membakar sebuah almari yang sarat dengan pakaian.
Menurut Zainab, kejadian tersebut disedari oleh seorang cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 16, yang terbau hangit seperti benda terbakar sebelum mendapati sebuah almari yang terletak di dalam sebuah bilik terbakar.
Katanya, ketika disedari api yang muncul tersebut begitu marak dan membakar almari serta sebahagian dinding bilik tersebut menyebabkan beliau dan menantunya, Rafeah Zakaria, 38, serta dua lagi cucunya, Wan Nurfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, panik dan berada dalam ketakutan.
“Kami semua terpaksa mengambil semua pakaian yang disimpan di dalam almari dan dicampak ke luar rumah melalui tingkap untuk mengelakkan daripada terus hangus terbakar selain bimbang api menjadi semakin marak.
“Orang kampung juga datang menolong memadamkan kebakaran dan disebabkan api yang sangat marak, saya terpaksa meminta orang kampung menelefon pihak bomba kerana bimbang rumah saya hangus terbakar,” katanya ketika ditemui semalam.
More about[Seram] Api Misteri Kembali Mengganas

Minyak Petrol Dianggap Sebagai Air Mineral

Posted by yakuza on Monday, 12 March 2012



NEW YORK: Sekiranya menghidu petrol tidak cukup bahaya, temuilah budak perempuan yang meminumnya.

Mengangkat bekas merah minyak itu di depan kamera, budak perempuan bernama Shannon menunjukkan demonstrasi ketagihannya meminum petrol untuk rancangan televisyen TLC My Strange Addiction.

“Ia mendebarkan pada mulanya dan kemudian ia membakar belakang tekak saya,” kata Shannon menjelaskan tabiatnya meminum bahan itu sehingga 12 sudu teh sehari.

“Walaupun ia menyakitkan, ia buat saya rasa selesa,” katanya sama ada menjilat penutup atau meminumnya terus daripada bekas itu yang dikatakan menjadi kegemarannya.



Ibunya berkata, dia pada mulanya tidak percaya ketika mendengar tabiat anaknya itu tetapi kemudian dia terhidu bau minyak itu pada nafas anak perempuannya.


“Saya ambil penutup dan saya hidu bau yang keluar dari bekas itu,” kata Shannon menunjukkan tabiatnya.

TLC menganggarkan Shannon telah mengambil lebih lima gelen petrol untuk tahun lalu saja.


“Meminum petrol boleh menyebabkan terbakar, muntah, cirit-birit dan jika diambil dalam jumlah besar menyebabkan pening atau kematian,” tulis Jabatan Kesihatan New York. Minyak petrol adalah bahan toksik.


Ketagihan Shannon menghirup petrol timbul beberapa hari selepas seorang lelaki di Carolina Utara mati selepas terminum cecair sama dalam sebiji balang tanpa sengaja. - TS


More aboutMinyak Petrol Dianggap Sebagai Air Mineral

Lelaki Berbulu Menjadi Kegilaan Wanita

Posted by yakuza

BANGGA...Gomez bersama anak lelakinya Michael yang kini berusia 10 tahun.

LOS ANGELES: Dia mengalami keadaan yang jarang ditemui dan menjadikan dia lelaki paling berbulu di dunia, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan serigala daripada muncul di pintu rumahnya.

Selepas diketawakan sepanjang hidupnya dan berlakon dalam pertunjukan sarkas, Larry Gomez mula mengukir nama di Hollywood.

Dia muncul dalam filem popular dan menghasilkan rancangan realiti televisyennya sendiri. Dan lelaki serigala, nama yang dikenalinya di kalangan rakan dan peminatnya menikmati kemasyhuran.


Gomez, 35, di mana seluruh tubuh dan wajahnya dipenuhi bulu hitam lebat berkata: “Apabila wanita melihatnya kali pertama, mereka tidak percaya. “Kemudian apa yang ingin mereka lakukan ialah menyentuhnya.

 Berapa ramai teman wanita yang saya miliki? Sekurang-kurangnya 35 orang. Wanita mengharapkan saya menjadi lebih daripada seorang lelaki, gagah kerana bulu itu. Saya boleh berhubung dengan wanita dengan baik. Malah, saya mempunyai beberapa peminat setia,” katanya. Gomez mengalami keadaan genetik hypertrichosis yang jarang berlaku atau sindrom serigala. 

Hanya 50 orang sejak zaman pertengahan dikesan mengalami sindrom itu hingga ke tahap teruk dan 15 daripadanya adalah anggota keluarganya. Gomez menjelaskan: “Setiap dua minggu saya bersihkan wajah saya. Ia tumbuh di seluruh wajah saya, malah juga di kelopak mata. Saya mempunyai lebih banyak bulu di lengan berbanding di kaki saya. “Adik lelaki dan adik perempuan saya juga mengalami keadaan sama. 

Dan beberapa sepupu saya. Ia lebih sukar bagi adik perempuan saya, Jamie Maria. Dia baru berusia 20 tahun. Anda perlu kuat apabila menjadi seperti ini.“Ada seorang lelaki di China, tetapi dia tidak begitu berbulu seperti saya. Dia mencabar saya tetapi dia tidak mempunyai peluang untuk menang,” katanya.Gomez dilahirkan sebagai Gabriel Ramos Gomez di Mexico tetapi mendapat nama baru daripada filem seram 1941 The Wolf Man, di mana karakter utamanya yang dipenuhi bulu digelar Larry Talbot. 

Ketika muda, dia dan adik lelakinya Danny, 33, menyertai sarkas dan dikenali sebagai budak serigala. Gomez pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Michael, kini 10 tahun yang tidak mengalami keadaan sama sepertinya.

Bagaimanapun, pada 2007 dia berpisah dengan isterinya, Nadine dan berpindah ke Los Angeles untuk meraih kemasyhuran dalam filem.
More aboutLelaki Berbulu Menjadi Kegilaan Wanita

[Pelik] Gorila Bercinta Dengan Arnab

Posted by yakuza on Sunday, 11 March 2012


 
ERIE, Amerika Syarikat (AS) - Seekor gorila yang tinggal di Zoo Erie, di sini menerima teman baharu iaitu seekor arnab bernama Panda.
Gorila betina yang diberi nama Samantha kesepian sejak kematian gorila jantan, Rudy pada 2005.

Namun, beberapa pegawai di zoo negeri Pennsylvania itu memberitahu, gorila berusia 47 tahun tersebut terlalu tua untuk berpasangan dengan gorila lain.

Justeru, pihak zoo memutuskan untuk menjadikan Panda sebagai teman Samantha pada bulan lalu.

Akhbar tempatan Erie Times-News melaporkan, kedua-dua haiwan tersebut hidup dalam keadaan tenteram. - Agensi
More about[Pelik] Gorila Bercinta Dengan Arnab

Bahaya Minyak Kitar Semula

Posted by yakuza

 
KUALA LUMPUR – Pengusaha makanan terutama restoran makanan segera perlu menyediakan laporan secara berkala berhubung pengurusan minyak masak terpakai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut perlu bagi membendung tindakan segelintir pihak yang didakwa membeli minyak masak itu dan menjualnya semula.

“Kita sedang kaji cadangan ini supaya kementerian dapat memantau tindakan pengusaha terhadap minyak masak terpakai mereka.

“Minyak masak kitar semula boleh memudaratkan pengguna kerana ia gagal menghasilkan suhu yang cukup untuk memasak dan jika dibuang menyebabkan pencemaran,” katanya selepas merasmikan pertandingan memasak anjuran Eu Yan Sang Sdn. Bhd. di sini semalam. 

kosmo!
More aboutBahaya Minyak Kitar Semula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...