Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia :Al Fatihah

Posted by yakuza on Tuesday, 11 October 2011


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim sebentar tadi mengumumkan pemergian penyanyi lagenda, Dato Ahmad Jais di laman twitternya, @DSURaisYatim.
Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Gelisah & Budi Setahun Segunung Intan amat sinonim dengan peribadi Dato Ahmad Jais dimana lagu-lagu ini sering menjadi nostalgia kepada para peminatnya yang kini berusia lewat 40-an.
Memulakan karier seninya pada tahun 1959, sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP. Difahamkan, Ahmad Jais pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat mengalami sesak nafas, lewat September lalu.
Yang pasti, pemergian Ahmad Jais merupakan satu kehilangan besar buat negara. Al-Fatihah.

{ 3 komen... read them below or add one }

atiffz said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

Anisa said...

al-Fatihah..
Kini hanya lagu dalam kenangan...

Razman said...

xknl lah.apa-apa pun takziah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...