Lirik Lagu Bruno Mars Sesat ?

Posted by yakuza on Monday 26 December 2011

Entri kali ni, bukan pasal video, tapi berkenaan lirik lagu Bruno Mars yang boleh menyesatkan. Mungkin sesetengah orang nyanyi jer tapi tak paham pun maksudnya dan ada juga yang bagi alasan, nyanyi jer, takde niat pun. hehe Ni lirik yang aku maksudkan tu:



Berhati-hati la dalam mengambil sesuatu tindakan tu (nyanyi,makan,bergaul dan lain-lain). Apa yang aku perhatikan,
tindakan kebanyakkan orang bergantung pada persekitarannya walaupun dia tahu yang benda tu haram atau memudaratkan. Rujukan pertama=masyarakat, ilmu dijadikan rujukan yang kebeberapa belas. Contohnya banyak, antaranya rokok dan minuman bergas.

Yang free hair pun same, kan tau buka aurat tu haram, nape dibuatnya. Taula, orang bertudung pun ramai yang rosak, tapi tu bukannya alasan untuk menjadikan sesuatu yang haram tu sebagai halal. Hukum islam diambil ikut suka, mana yang best baginya, dia amalkan dan mana yang rasanya tak berapa best, ditinggalkan. Islam seperti ini juga dikenali sebagai Islam sekular.

Percaya pada syurga dan neraka? Percaya atau caya sesikit? Ganjaran syurga tu amatlah besar, agak-agak cukup ker sembahyang 5 waktu sehari untuk membawa anda kesana? Adil ker kalau orang yang mengamalkan ajaran islam sepenuhnya kesyurga dan orang yang mengamalkan sebahagian sahaja ajaran Islam pun masuk syurga? Aku tak tau, yang aku tau, Allah maha adil, Dia la yang selayaknya menilai dan memberi balasan.

Ni de satu video Ustaz Azhar Idrus tentang kisah kolam Rasulullah. Agak-agak, dimana la tempat kita nanti... Berhati-hati dalam segala tindakan kita, itu yang akan menentukan tempat kita nanti. Jadikan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama, bukannya Masyarakat/Orang ramai sebagai rujukan. Nasihat untuk diri aku juga..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...