Nantikan Kemunculan Adnan Sempit 2

Posted by yakuza on Sunday 12 February 2012








Selepas mencatatkan kejayaan pecah panggung yang luar biasa menerusi filem Adnan Sempit, kini Metrowealth (MIG) bakal menerbitkan pula sekuelnya, Adnan Sempit 2 dengan mengekalkan barisan pelakon yang sama terutama sekali untuk watak teraju utamanya iaitu Shaheizy Sam dan Intan Ladyana.
Bezanya kini filem yang pernah menjadi fenomena dalam industry filem tempatan ini tidak lagi diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham tetapi ia bakal mendapat sentuhan daripada pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG iaitu Ismail Bob Hashim.


Namun persoalannya mampukah Ismail Bob Hashim atau lebih dikenali dengan nama Bob Hashim ini menjadikan filem Adnan Sempit 2 berjaya seperti filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham?

Bob Hashim yang sebelum ini merupakan penolong pengarah Adnan Sempit berkat, dia menerima cabaran itu sebagai tanggungjawab yang sangat besar walaupun masih baru dalam bidang penagrahan filem.

"Alhamdulilah, akhirnya saya telah diberi peluang untuk naik ke satu tapak yang lebih tinggi lagi iaitu daripada penolong pengarah kepada pengarah. Ini satu kejayaan yang cukup membanggakan buat diri saya.
"Biarpun saya pernah mengarahkan filem Ngangkung sebelum ini, namun saya akui cabarannya agak sedikit berbeza kerana filem Adnan Sempit seperti yang kita tahu adalah antara filem terbitan MIG yang paling berjaya," katanya sewaktu ditemui selepas berakhirnya majlis doa selamat filem Adnan Sempit 2 yang berlangsung di pejabat MIG di Petaling Jaya semalam.

Tambah Bob Hashim lagi, dia tidak nafikan cara sentuhannnya dalam filem yang bakal memulakan pengambaran 4 Mei 2011 itu nanti akan menampakkan sedikit perbezaan dengan cara pengarahan Ahmad Idham, namun apa yang penting, ia masih mengekalkan konsep yang sama.

"Saya tahu orang pasti akan mahu membandingkan cara saya dengan cara Ahmad Idham. Saya juga faham akan harapan yang diletakkan oleh masyarakat terhadap terhadap filem box-office ini.

"Tapi, apa yang boleh saya katakan cara pengarahan setiap pengarah sudah tentu berbeza. Saya mahu orang di luar sana tahu setiap pengarah ada acuan mereka tersendiri. Tak banyak pun adalah sedikit. Insya Allah, saya akan cuba berikan sedikit kelainan tetapi pada masa yang sama memastikan ianya adalah yang terbaik buat penonton.

"Namun, saya masih mengekalkan elemen dan konsep basic filem ini. Saya juga harus ingat bahawa saya tidak boleh melakukan perubahan yang terlalu ketara dalam filem sekuel ini kerana ia adalah sambungan kepada filem Adnan Sempit dan tajuknya pun masih sama," katanya kepada murai.com.my

Dalam pada itu, Bob Hashim juga menegaskan bahawa filem Adnan Sempit 2 tiada mempunyai kaiitan dengandrama bersiri Adnan Sempit yang ditayangkan di Astro Warna sebelum ini.

Selain Shaheizy Sam dan Intan Ladyana, barisan pelakon lain yang turut dikekalkan dalam filem ini adalah Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak, Adnan Sempit 2 merupakan sambungan filem Adnan Sempit sebelum ini.

Sedikit mengenai filem Adnan Sempit 2 ini, ianya mengisahkan mengenai bagaimana Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berjaya memikat hati Nadia (Intan Ladyana) berusaha memikat bapanya iaitu Datuk Insin ( Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih lagi tidak mendapat restu keluarga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...