Tinggalkan Arsenal

Posted by yakuza on Monday 20 February 2012



IBRAHIMOVIC (dua dari kiri) menasihati van Persie (kanan) agar meninggalkan Arsenal.



LONDON – Kapten Arsenal, Robin van Persie disaran agar meninggalkan kelab Liga Perdana England itu.

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimo- vic berkata, van Persie perlu memikirkan perkara tersebut sekiranya mahu memegang status sebagai seorang juara.

Untuk rekod, Ibrahimovic menjadi watak penting yang membantu Milan membelasah Arsenal 4-0 pada aksi kalah mati pertama Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

“Apabila kamu tidak memenangi apa- apa dalam tempoh beberapa tahun, orang ramai faham kenapa kamu meninggalkan kelab itu seperti yang dilaku- kan Cesc Febregas.

“Bola sepak berkaitan dengan kemena- ngan. Jika kamu gagal untuk menjulang trofi, kamu perlu meninggalkan kelab itu.

 “Saya tidak mengenali personaliti van Persie tetapi saya mengetahui dia berasal dari Belanda dan bakat yang dimiliki. Dia cukup sempurna.

“Saya tidak tahu apa yang dia fikirkan tetapi sekiranya situasi tersebut terjadi ke atas saya, saya tahu apa yang perlu di lakukan.

“Saya telah banyak berhijrah sepanjang karier saya. Saya jadikan ia sebagai suatu cabaran dan pengembaraan dalam hidup saya.

“Saya telah memenangi lapan kejuaraan sepanjang lapan tahun bersama kelab dan negara yang berbeza.
“Benar, jika kamu kekal pada satu tempat, ia akan memudahkan hidup kamu un- tuk bermain bola sepak. 
Jika kamu beraksi dengan kelab negara kelahiran, kamu berada di dalam zon yang selesa.

“Tetapi jika kamu berhijrah ke lima tempat yang berbeza, ia memberikan suatu cabaran kepada kamu. Jika kamu berjaya di sana, kamu akan menjadi seorang pemain bola sepak yang lebih hebat dan mendapat penghormatan tinggi,” katanya.

Ketika ini, Manchester City dan Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat van Persie yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Emirates selepas musim panas ini. – Agensi

sumber kosmo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...