Zed zaidi Diugut Bunuh Kerana Cermin Gelap

Posted by yakuza on Tuesday 27 March 2012


KUALA LUMPUR – Pelakon popular Zed Zaidi tidak menyangka cadangannya kepada kerajaan supaya membenarkan penggunaan cermin kereta gelap buat golongan artis tidak disenangi segelintir pihak sehingga dia mendapat ugutan bunuh baru-baru ini.

Menurut Zed yang juga merupakan Timbalan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ugutan bunuh itu diterimanya selepas dia menyerahkan tiga usul kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Festival Youth Music Barisan Nasional pada 4 Mac lalu.

“Apalah salah saya hanya kerana kerana mengusulkan penggunaan cermin gelap kepada PM menyebabkan saya mendapat banyak ugutan. Selain diri saya, saya juga bimbangkan keselamatan isteri saya yang kini sedang mengandung lima bulan,” katanya.

Pada Festival Youth Music Barisan Nasional itu, Zed turut mengusulkan dua lagi usul iaitu peruntukan kuota rakyat 1Malaysia dan perlindungan insuran golongan artis yang turut diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Selain ugutan bunuh, Zed juga menerima banyak ugutan termasuklah ingin merompaknya yang disampaikan menerusi e-emel, panggilan telefon, di laman sosial Twitter dan Facebook yang secara tidak langsung menimbulkan pelbagai tandatanya di benak fikiran pelakon terbabit.

mynewshub

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...