Dua "RED" Bakal Beradu Tenaga

Posted by yakuza on Saturday 18 May 2013






 Kota Bharu: Kelantan menanam tekad membenam musuh tradisi, Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini bagi menebus kekecewaan gagal layak ke suku akhir cabaran Piala AFC.

Ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi meminta rakan sepasukan melupakan kekecewaan saingan Piala AFC apabila tewas 0-2 kepada Kitchee SC dari Hong Kong, di gelanggang sendiri, Selasa lalu.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya juga mahu menjadikan gelanggang sama membenam Red Giants yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim. “Memang tidak dinafikan kekecewaan tersingkir daripada saingan Piala AFC masih dirasai semua pemain. Namun ia perkara biasa dalam bola sepak dan ini peluang terbaik kami menebus kekecewaan itu.

“Pada pusingan pertama kami tewas kepada Selangor dan tercicir mata tapi ketika itu kami masih bergelut dengan masalah prestasi. Dendam itu bakal terbalas dalam perlawanan ini dan mereka akan pulang tanpa sebarang mata,” katanya.

Kelantan kini berada di tangga keenam dan hanya berbeza tiga mata dengan Selangor yang berada di tangga ketiga. Kelantan berpeluang memintas Selangor sekiranya berjaya mencipta kemenangan malam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...