Pening cari ganti Benzema

Posted by yakuza on Sunday 9 October 2011




Pemain Perancis menjalani latihan di Clairefontaine, selatan Paris kelmarin untuk Kelayakan Euro menentang Albania hari ini. - AFP



PARIS - Tempat untuk ke Euro 2012 mungkin sudah hampir dicapai namun jurulatih Perancis, Laurent Blanc dihimpit krisis kecederaan pemain menjelang kunjungan ke Albania hari ini.
Tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan, Perancis memerlukan empat mata daripada perlawanan hari ini dan Selasa ini dengan pencabar terdekat Bosnia-Herzegovina sudah memastikan tempat teratas dalam Kumpulan D dan layak ke saingan di Poland dan Ukraine tahun depan.

Begitupun, kecederaan pemain tonggak meninggalkan ruang dalam kesebelasan utama Blanc, bermakna dia terpaksa bergantung kepada skuadnya yang belum benar-benar teruji untuk mengharungi dua perlawanan terakhir kelayakan.
Ketiadaan Karim Benzema akibat kecederaan pangkal paha menyebabkan Blanc 'sakit kepala' ketika jurulatih Perancis itu tidak mahu mengubah keyakinan terhadap penyerang Real Madrid itu, bermakna lain-lain penyerang tidak diberi peluang untuk mengetuai barisan serangan.
"Memang benar ketiadaan Benzema amat menjejaskan kami.
"Namun kami memiliki skuad dengan pemain berkualiti yang boleh menggantikan sesiapa sahaja," kata pemain sayap Paris Saint-Germain, Jeremy Menez.
Blanc bertambah bingung apabila rakan sepasukan Menez di PSG, Kevin Gameiro yang mungkin menggantikan Benzema, juga terpaksa keluar padang Jumaat lalu kerana masalah lutut.
Blanc segera bertindak dengan memanggil penyerang Lazio Djibril Cisse, yang kali terakhir mewakili skuad kebangsaan ketika kalah kepada 1-2 kepada Afrika Selatan pada Piala Dunia tahun lalu.
Penyenaraian Cisse bermakna Blanc kini memanggil semula 15 daripada 23 pemain daripada skuad Piala Dunia lalu, ketika pemain berusia 30 tahun itu dengan sembilan gol dan 40 cap sebagai penyerang paling banyak menjaringkan gol dalam skuad kebangsaan.
Blanc juga kehilangan penyerang Bayern Munich Franck yang cedera bermakna pemain Chelsea Florent Malouda mungkin kembali untuk posisi sayap kiri. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...