Tamparan hebat buat Sazali

Posted by yakuza on Saturday 8 October 2011




KUALA LUMPUR, (D5) - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terkejut dengan peningkatan atlit Iran, yang menewaskannya pada final  Kejohanan Bina Badan Asia 2011 di Bangkok, Thailand.
Sazali gagal mempertahankan gelaran Mr Asia apabila tewas kepada atlit Iran pada final kategori lightweight 70kg.


Ia menjadi tamparan hebat kepada Sazali, yang dianggap pilihan utama, lebih-lebih lagi dia sudah menjuarai gelaran Mr Asia sebanyak 7 kali.

Kegagalan Sazali mempertahankan gelaran Mr Asia mengundang persoalan sama ada mampukah dia mempertahankan gelaran Mr Universe, yang akan berlangsung di Melaka, bulan depan.

Skuad bina badan negara masih boleh tersenyum dengan kejayaan meraih 1 emas menerusi Pajar Upau dalam kategori body klasik sementara Sazali, perak lightweight 70kg.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...