TERENGGANU BAGI AMARAN PADA PENYOKONG

Posted by yakuza on Friday 7 October 2011


TERENGGANU BAGI AMARAN PADA PENYOKONG
JAGA tingkah laku, jangan malukan Terengganu dan jadilah penyokong yang profesional. Itu kata dua yang diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh (gambar) kepada para penyokong skuad Penyu yang bakal membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 10 Oktober ini.
Menurut Che Mat, perlawanan menentang Kelantan pada aksi suku akhir Piala Malaysia itu merupakan aksi yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di Pantai Timur.
Namun katanya, perlawanan genting seumpama itu juga sering menimbulkan kekacauan terutamanya melibat penyokong fanatik kedua-dua pasukan.
“Buat masa ini, PBSNT belum memu- tuskan dari segi pembahagian kerusi penonton kerana Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hanya boleh memuatkan 10,000.
“Saya akui, ramai penyokong Terengganu yang ingin menyaksikan perlawanan itu begitu juga dengan penyokong Kelatan yang dijangka turun beramai-ramai dari Kota Bahru,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Justeru kata bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini, sikap profesional daripada para penyokong begitu diharapkan bagi memastikan kelan- caran perlawanan kedua-dua pasukan.
Katanya, insiden membaling botol ke padang dan membakar mercun bukanlah budaya sebenar penyokong di Malaysia, sebaliknya hanya dilakukan oleh segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
“Saya dapati memang wujud satu dua kumpulan kecil yang sering menimbulkan kekacauan di stadium dan saya ingin ingatkan kepada kumpulan ini agar lebih menghormati budaya kita dan tidak sesekali memalukan Terengganu,” jelasnya.
Tambah Che Mat lagi, pihak persatuan juga akan meminta kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan di stadium pada 10 Okto- ber ini.
Jelasnya, pemeriksaan lebih ketat juga akan dibuat disetiap pintu masuk ke stadium bagi memastikan barang larangan seperti mercun tidak dibawa masuk.
“Kalau ikutkan peraturan, botol air pun tidak boleh dibawa masuk, inikan pula mercun. Jadi saya harap semua penyokong dapat memberi kerjasama,” katanya.
Terengganu yang juga juara Piala FA dijadualkan menentang Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia, 10 Ok- tober ini sebelum aksi kedua di Kota Bharu empat hari kemudian.
Kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2001.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...