LONDON – Satu tinjauan baru mendedahkan  lebih separuh lelaki lebih menyukai masakan ibu berbanding isteri mereka  kerana dimasak dengan cara tradisional serta lebih enak.
Kajian juga mendapati ibu jarang  menghidangkan masakan segera dan memasak makanan disukai anak. Isteri  dan teman wanita, sebaliknya, cenderung menyediakan hidangan segera atau  makanan yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Tinjauan oleh rangkaian hiburan, Food  Network UK, juga mendapati seorang dalam empat lelaki kerap balik ke  rumah ibu masing-masing untuk menikmati makan malam tanpa pengetahuan  pasangan.
Jurucakap rancangan itu, Nick Thorogood,  berkata: “Agak menyenangkan mendapati lelaki lebih suka masakan ibu  mereka. Sebagai orang dewasa, lelaki masih mahukan cara masakan selesa  dan mengikut tradisi seperti ketika mereka membesar. Jadi, mereka  beralih kepada ibu untuk mendapatkan apa yang mereka anggap sebagai  hidangan sempurna.
“Banyak resipi terbaik Britain  diturunkan ibu dan Hari Ibu adalah masa terbaik untuk orang ramai  menggunakan panduan memasak dan mengejutkan ibu dengan hidangan yang  dimasak di rumah.” – Agensi

