KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima  dilaporkan ‘terpaksa’ menawarkan khidmat seks bagi mengumpul sejumlah  wang untuk membiayai kos membeli pil menggugurkan kandungan setelah  kekasihnya bersikap lepas tangan terhadap masalah yang dihadapinya itu.
Pelajar tersebut yang hanya dikenali  sebagai Shasha memberitahu media Sinar Harian bahawa dia telah menjual  tubuhnya kepada beberapa orang kenalan lelaki dengan bayaran RM100 untuk  setiap kali bersama.
“Untuk mendapatkan pil menggugurkan  kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan  lain bagi mendapatkan modal.
“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi  kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji  lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.
“Untuk mendapatkan wang saya akan  berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya  kepada beberapa pelanggan atau kenalannya,” katanya yang dipetik dari  media online berkenaan hari ini.
Ekoran insiden tersebut Shasha mengaku  serik untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki dan  telah beralih arah untuk terjebak dengan percintaan sama jenis atau  lesbian.
Menurut Shasha lagi, dia menyembunyikan  hubungan sama jenis tersebut dari pengetahuan keluarga memandangkan  kekasihnya, Faiz, akan datang tidur dirumahnya pada setiap hujung  minggu.
“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak  tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan  adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan  perempuan dari keluar bersama teman lelaki.
“Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.
“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya lagi
mynewshub

