Australia singkir juara dunia

Posted by yakuza on Monday 10 October 2011



Pemain Australia, James Slipper (tengah) merai kemenangan ke atas Afrika Selatan pada perlawanan suku akhir Piala Dunia di Wellington, semalam. - AFP


WELLINGTON - Australia menyingkirkan juara bertahan Afrika Selatan 11-9 pada perlawanan suku akhir Ragbi Piala Dunia, semalam.
Dalam satu lagi pertembungan suku akhir, New Zealand mengatasi Argentina 33-10 untuk mencipta pertembungan separuh akhir dengan Australia.
Selepas mendahului 8-3, Afrika Selatan menguasai sebahagian besar perlawanan babak kedua dalam perlawanan yang menyaksikan ketua pasukan Wallabies, James Horwill merupakan pemain pemain tunggal yang berjaya melakukan try.

Segalanya tampak memihak kepada Afrika Selatan apabila mendahului Australia 9-8, tiga mata yang diperolehi drop goal melalui Morne Steyn.
Namun, ketika perlawanan 10 minit hendak ditamatkan, James O'Connor berjaya menyempurnakan penalti bagi meletakkan kedudukan 11-9, dengan kekentalan pemain sayap David Pocock menghalang Afrika Selatan mendapatkan sebarang tambahan mata bagi memastikan Wallabies melangkah ke separuh akhir.
"Semua pemain berusaha keras, mereka ternyata berjaya, pihak lawan meletakkan banyak tekanan kepada kami. Kami tahu kami perlu bersatu dan bertahan untuk menang perlawanan ini, " kata ketua pasukan Australia, Horwill. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...